Followers

TEGURAN UNTUK DYANA SOFEA


LADY bukan lepasan UiTM tetapi kata-kata calon DAP Teluk Intan wajar ditegur.

Mana-mana universiti di Malaysia bukan milik UMNO tetapi ia wujud kerana perjuangan UMNO.

Kepada Dyana Sofea. Anda tak akan bergelar lepasan UiTM perundangam jika anda tidak diberi kouta dalamnya. Kalau bukan perjuangan UMNO. UiTM tidak berdiri seperti sekarang.  Sila biat perbandingan statistik graduan cemerlang mengikut bangsa. Jika kouta keistimewaan tidak diberi kepada melayu dan bumiputera.. anda boleh bayangkan sendiri. Siapa rajin dan bersungguh belajar untuk mencapai akademik tinggi? Siapa yang jadi kuli tukang bersorak tepi jalan?

Pada awalnya, LADY tak berhasrat mengulas sebarang cerita berkaitan PRK Teluk Intan. Namun hati LADY tidak boleh berdiam apabila membaca kenyataan demi ucapan dibawa oleh calon DAP yang depan melayu lain depan bangsa lain sudah bermesej berbeza.

Semalam, LADY baca juga artikel keluhan Muslimah PAS yang mempertikaikan cara penampilan Dyana Sofea. Deoan kelompok lain free hair tetapi depan PAS berceramah berhijab pula.

Saya amat terkejut dengan penampilan calon DAP,Dyana Sofea dalam satu program anjuran PAS menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan.Dyana Sofea yang telah disahkan Melayu Islam tiba-tiba memakai tudung dan menutup rambutnya ketika berhadapan dengan orang-orang PAS.Walhal,umum mengetahui dan telah banyak tersebar gambar-gambar beliau sebelum ini bahawa gadis ini memang tidak menutup auratnya.Persoalannya kenapa Dyana perlu berlakon menutup aurat ketika dihadapan ustaz-ustaz PAS ??? Beliau bukan Cina atau orang bukan Islam.Apakah demi politik PAS rela menggadaikan maruah agama ??? Bila ditegur oleh UMNO BN mungkin akan dikatakan politik,tapi sekarang saya ingin menegur pemimpin PAS.Apakah anda sudah berubah,gara-gara Dyana seorang gadis cantik yang akan menjadi calon Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan ini ??? Di mana maruah dan harga diri kita sebagai orang Islam yang tiba-tiba mahu seorang pemimpin wanita yang tidak menutup aurat.

Jika beliau berbangsa Tionghua,mungkin tidak menjadi masalah tapi dia Melayu.Ibu Dyana pun Melayu Islam yang bertudung menutup Aurat.Apa akan jadi dikemudian hari,jika dia sekejap buka sekejap tutup auratnya mengikut program tertentu.Hadir ke program PAS,masjid atau surau tutup aurat.Kemudian dalam masa yang sama ditempat lain buka aurat.Saya tidak terlalu alim untuk bercakap agama,tapi bagi saya yang hak dan yang bathil itu perlu ditegakkan walau apa jua keadaan sekali pun.Maka itu,sarankan Dyana agar terus menutup aurat sampai bila-bila jika beliau benar pemimpin yang bermaruah.Jika tidak,kenapa perlu beliau dianggat sebagai pemimpin bagi komuniti umat Islam ??? Jelas sekali beliau menipu umat Islam sebenarnya.

- Luahan Ahli PAS

Sumber : badut rakyat blog -20/05/2014

LADY bersetuju. Kalau sudah berani memutuskan berkempen free hair.. kenapa nak hipokrit depan ahli PAS berhijab pula.  Dosa tidak bertudung ni boleh ikut kategorikah?  Memang ada rakan LADY kata kalau masuk acara keagamaan kenalah hormati lokasi majlis diadakan. Part itu LADY faham sangat. Tapi adakah pegangan iti juga digunapakai oleh Dyana Sofea . Depan PAS Terus pakai hijab. Nanti jumpa group lain dah bertukar imej.. nak jadi SESUMPAH ker dik oi.. tak ada prinsip yang tetapker?

LADY suka ada calon muda belia. Tapi kalau setakat boneka orang tua nak buat apa? Sekadar berbangga diberi peluang tempat sahaja tetapi tak menjamin diri boleh berjuang dengan apa yang kita kehendaki. Kena akur dengan arahan yang menaikkan. Apa class. Tak ada maknanya.

Apapun sebagai seorang perempuan. Akak nak nasihatkan Dyana Sofea. Kalau nak jadi pemimpin, harga diri, imej diri tak menampakkan anda sebagai pemimpin. Tak ada gunanya dik oi. Tp apapun LADY Tahu. Itu sememangnya impian anda. Anda penuh nafsu menjadi perhatian ramai.
Ps: tak pasti kalau ini artikel akhir utk PRK Teluk Intan.

No comments:

Post a Comment