Followers

HIMPUNAN BANTAH GST: TIADA PESERTA PERHIMPUNAN CEDERA DITIKAM SEPERTI DIDAKWA- POLIS

Inilah cerita yang LADY katakan gurauan melampau 2 hari yang lepas. Punca LADY hilang kepercayaan kepada sumber gurauan itu. !!!!!

Bantah GST: Tiada peserta perhimpunan cedera ditikam seperti didakwa - Polis

KUALA LUMPUR:  Tiada peserta perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.

Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali."

Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang Khamis, walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan CBP, dan pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal," katanya.

Beliau berkata polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.

"Saya menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman awam," katanya.

Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur. -BERNAMA

Ps: selepas ini. LADY tak akan terima lagi info sumber si pengembala kambing itu. ( cerita kanak-kanak : kisah si pengembala kambing )

No comments:

Post a Comment