Followers

KERAJAAN PERLU LEBIH AGRESIF ANJUR KEMPEN PENERANGAN GST

KUALA LUMPUR:  Kerajaan perlu lebih agresif dalam usaha memberi kefahaman kepada pengguna mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata sehingga kini, program penerangan mengenai GST dilihat tidak dilaksanakan secara meluas.

"Tambahan pula isu GST ini dipolitikkan pembangkang sebagai satu sistem percukaian yang membebankan pengguna, oleh itu pihak bertanggungjawab perlu mempergiatkan usaha mereka memberi penerangan penuh kepada masyarakat mengenai pelaksanaannya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

PPIM juga, menurut Nadzim sedang mengadakan program penerangan berkaitan cukai baharu itu kepada pengguna dan berharap masyarakat tidak percaya dengan khabar angin atau terpengaruh dengan persepsi negatif yang cuba ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

Semalam, akhbar melaporkan kebanyakan peserta perhimpunan bantah GST yang berlangsung di Dataran Merdeka, di sini, pada Khamis sebenarnya tidak tahu atau memahami dengan jelas mengenai pelaksanaan sistem percukaian itu.

Kebanyakan peserta mempunyai pandangan bahawa pelaksanaan GST hanya akan meningkatkan harga barangan dan menindas golongan berpendapatan rendah.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Persekutuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kerajaan perlu mengeluarkan senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST dan yang dikecualikan serta satu perbandingan yang tepat mengenai perubahan harga barangan sebelum dan selepas pelaksanaan sistem itu.

Mohd Yusof berkata dalam seminar anjuran FOMCA mengenai sistem percukaian baharu itu, peserta masih lagi keliru mengenai barangan yang dikenakan GST serta perubahan terhadap harga barangan selepas ia dilaksanakan.

"Tambahan pula sebelum ini program penerangan GST hanya memberi tumpuan mengenai kelebihan sistem itu terhadap perniagaan dan kesan terhadap pengguna kurang diberi perhatian," katanya.

Sementara itu, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA) Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata pelaksanaan GST penting bagi pembangunan negara yang kini mengorak langkah untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Jika perkara ini terus dipolitikkan pembangkang yang dilihat cuba menangguk di air keruh, akan menyebabkan rakyat mula keliru dan masalah lain akan timbul.

"Walaupun pelaksanaan GST ini dilihat sebagai satu tindakan kurang popular daripada kerajaan, namun pada masa sama kerajaan perlu bertegas dan menjawab setiap tohmahan pembangkang mengenai perkara ini," katanya.

Justeru itu, katanya penerangan secara berperingkat dan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memberi lebih kefahaman kepada orang ramai di seluruh negara.

"Kita akan sokong setiap kempen yang dilakukan kerajaan berhubung pelaksanaan GST ini," katanya.

Presiden Himpunan Siswazah Kelantan Mohd Faizal Daud berkata pihaknya akan mengadakan siri jelajah ke peringkat akar umbir bagi memberi penerangan kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mengenai GST.

"Kita akan cuba beri kefahaman dengan tidak terlalu menekankan aspek teknikal mengenai pelaksanaan GST dan program ini akan dibuat berterusan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2014 pada Oktober tahun lepas mengumumkan cukai tunggal GST pada kadar 6 peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.- BERNAMA

2 comments:

  1. A lot of thought and thinking has to go behind it and we should opt for something
    that is well and truly safe and foolproof to
    say the least. To save time, you can turn on the Automatic Updates.
    With continued technological advancements, there is no reason not to look into additional
    security.

    My site; ללמוד הרבה יותר [www.herzliyaconference.org]

    ReplyDelete
  2. A lot of thought and thinking has to go behind it and we should opt for something that is well and truly safe and
    foolproof to say the least. This ensures utmost Las Vegas Home Security and allows only authorized and authenticated individuals to gain entry to
    the restricted property. Wireless home security systems are easy to set up yourself.


    my web site ... רואה כאן עכשיו

    ReplyDelete