Followers

BOLEH JADI PEMBERI INFO TETAPI JANGAN JADI BAHAN MAKANAN

LADY pelik.. apabila berlaku kejadian pencolekan semalam. Mulailah sebaran dari rakan LADY yang mempertikaikan kredibiliti pengarah ESSCOM dan juga peranan yang dilaksanakan oleh ESSCOM. Sebaran ini sedikit dan banyak sangat membantu penyebar Pro-Pembangkang menghentam kerajaan BN dengan penuh kegembiraan.

Tidakkah anda tahu, kenalkah anda dengan situasi ini? Betulkah ESSCOM tidak mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik kerana kelemahan pentadbir? Atau....

Kita terlupa bahawa dalam strategi musuh menyerang lawannya. Mereka tidak akan menyerang tanpa mengenal pasti pelbagai sudut untuk memastikan rancangan berjaya. Bukan sahaja kenal kawasan. Kenal pasang surut. Kenal siapa yang berada di kawasan serangan. Selok belok celuk peruk kawasan yang diserang. Bukan sehari dua penelitian itu dibuat.. kemungkinan bertahun-tahun. Data yang dikumpul sehingga tiada siapa menjangka apa yang mereka boleh lakukan.

Mereka ini bukan macam tentera jepun zaman perang dahulu. Masuk negeri-negeri dengan tunjuk bangganya mereka. Mereka ni umpama gerila komunis yang masuk sebagai guru sebagai peniaga sebagai orang awam. Penduduk tempatan sendiri mengenal baik kepada mereka dan kenal bahawa mereka diletakkan sebagai orang yang tidak bermasalah.

Dalam kes pencolekan semalam dan sebelumnya. Kita seharusnya melihat kejadian ini secara waras. Tidaklah LADY kata bukan selemahan pihak pentadbir ESSCOM. Sudah pasti mereka ada kelemahan, baru dibangunkan masih dalam proses meningkatkan pengukuhan bagi usaha keselamatan kawasan-kawasan ESSCOM.

Inilah masa kita yang mungkin mempunyai pengetahuan salurkan pengetahuan untuk pembaikpulihan. Bukan menambahburukkan.

LADY tidak boleh katakan LADY kecewa. Cuma.. LADY melihat suasana begini PATUT dihentikan. Cara ini hanya menyalurkan EMOSI tidak akan memulihkan keadaan yang sudah terjadi. Ia menjadi BONUS kepada Red Bean Army (RBA)

LADY malas nak berceloteh panjang kali ini. Nanti orang akan menyampah. Bagi LADY, semua lebih bijak dari LADY. LADY hanya merayu agar bertindak lebih cerdik dan emosi. Jangan pula nak suara menuntut kebenaran tetapi sebenarnya ianya jadi makanan pro pembangkang.

Salurkan maklumat semasa boleh . Tak salah. Tetapi sebarkan perkara yang tidak menjadi papan dart jadi sasaran pelempar.  Jadikanlah perkongsian maklumat yang bijak bukan pemberi maklumat jadi bahan tembak.

Ps: bila LADY diam walau ada isu hebat sebab biasanya LADY kurang bersetuju dengan apa yang disebarkan oleh rakan. Atau... saat itu LADY kena fokus dengan tanggungjawab LADY.

No comments:

Post a Comment