HIMPUNAN BANTAH GST: MEDIA DISERANG PESERTA DEMO
1Jam Media Vs Pendemo
Sekumpulan pemuda yang dipercayai peserta Himpunan 1 Mei mengadakan terjahan keras kepada media ketika pihak media melakukan rakaman semasa selesai himpunan tersebut.
Kumpulan yang berpakaian serba hitam dan memakai bandana bagi menutup identiti individu telah melakukan provokasi kepada media pada jam 4.10 Petang di hadapan sultan abdul samad dengan mengeluarkan perkataan kesat seperti "Fuck Media" dan mengeluarkan jari tengah.
Disamping itu, kumpulan tersebut turut melontarkan kayu yang mempunyai permukaan tajam kepada pihak media.
Namun, kumpulan media sempat menyedari tindakan tersebut sempat mengelak tindakan kejam oleh para pendemo tersebut.
Antara yang terlibat pada saat tersebut adalah jurugambar dan juruvideo media.
Kekecohan tersebut selesai ketika Unit Amal yang menyedari tindakan tersebut telah berjaya menyuraikan kekecohan itu.
Hampir satu jam kekecohan tersebut berlaku.
Comments
Post a Comment