PEGUAM NEGARA PERLU BERTEGAS BERKAITAN KES LIWAT ANWAR

Peguam Negara didesak untuk bersikap tegas dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyaksikan penangguhan demi penangguhan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana perbicaraan melibatkan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, sudah 55 kali ditangguhkan.

Jelasnya, apa yang membimbangkan, kelicikan pasukan peguam bela Anwar memohon 'siri' penangguhan telah mengakibatkan kelewatan dalam pelaksanaan prinsip keadilan itu sendiri.

"Sehubungan itu, Puteri UMNO mahu melihat Peguam Negara menghalang sebarang campur tangan terutamanya oleh parti politik termasuk DAP dalam perbicaraan tuduhan kes liwat Anwar.

"Peguam Negara juga tidak boleh membiarkan mana-mana pihak berjaya menimbulkan persepsi yang buruk akibat sikap berdiam diri sehingga menyaksikan barisan peguam Anwar yang juga pemimpin parti politik pembangkang mengambil sikap keterlaluan.

"Pakatan pembangkang juga perlu menghormati badan kehakiman dengan menyegerakan kes liwat Anwar. Tindakan mereka melengah-lengahkan kes tersebut sama seperti mempermainkan badan kehakiman," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar di peringkat bela diri bersambung pada 19 September ini.
Rosnah berkata, Karpal Singh juga dilihat bukan lagi menjadi peguam bela bagi kes Anwar sebaliknya berperanan sebagai 'peguam tunda' dan bukannya mencari keadilan.

"Pada 1997, Karpal Singh pernah menyatakan di Parlimen bahawa beliau ada bukti kukuh mengenai kegiatan liwat Anwar. Seorang seperti Karpal yang 'boleh menuduh hari ini dan membela orang yang sama esoknya' jelas menjejaskan reputasi beliau sebagai peguam," katanya.

P/s: inikah dinamakan keistimewaan Anugerah illahi king of drama. Pu3 tk rasa begitu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts