BERI PELUANGKAH LAGI BUDAK NAMAWEE NI?!

pu3 nampak budak banawee ni tak boleh diberi peluang. jika jiwanya sebagai seorang anak seni, kritikal dari penulis Utusan mengkitik filemnya itu sebagai satu cabaran buatnya untuk membuktikan bahawa dia sudah insaf .

Tetapi lagaknya bagai dia sahaja terbaik , melakukan tindakan yang serupa, menjadikan lagu sebagai agenda menghina orang lain, pu3 tidak menilai dia layak diberi pengikhtirafan sebagai salah seoranf penyumbang kesenian di negara ini. sudah seharusnya budak ini diberi pembelajaran dia sebagai apa selaku anak Malaysia. teknologi digital telah disalahgunakan olehnya untuk menghina individu. pu3 tidak melihat penulis itu salah melakukan ulasan terhadap kritkannya, namawee perlu dikritik. ini baru peringkat permulaan,

sila baca artikel ini, pu3 petik dari blog sungairapat online menarik untuk dibaca

THURSDAY, SEPTEMBER 29, 2011
Namewee Serang Utusan Malaysia Kerana Kritik Nasi lemak Babinya
8:50 AM SUNGAI RAPAT ONLINE NO COMMENTS

Namewee buat hal lagi setelah Utusan kritik filem sampahnya nasi lemak babi.

Kali ini dia mengutuk akhbar Utusan Malaysia melalui video klip selama 2 minit 43 saat yang dimuat naik ke laman Youtube bermula semalam.

Video klip berkenaan diberi tajuk Namewee FxxK Utusan dan setakat ini, hampir 15,000 hits diperoleh video berkenaan.

Marah Namewee kali ini dikatakan berpunca daripada sebuah rencana dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…

Rencana tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 arahannya setelah beberapa kali bertindak menghina orang Melayu dan agama Islam sebelum ini.

Dalam rencana berkenaan, penulisnya berkata; Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini.

Tidak seperti kelaziman di mana Namewee akan menyanyi lagu rap untuk meluahkan marahnya, dia kali ini hanya berkata-kata dengan menggunakan bahasa Melayu pasar dan perkataan-perkataan lucah.

Namewee kelihatan sangat marah apabila penulis berkenaan memberitahu tidak mahu menonton filemnya.

Padanya, penulis berkenaan harus menonton dahulu filem tersebut dan kemudian baru menulis pandangannya.

Wartawan Utusan Malaysia berkenaan pula dalam rencananya berkata, Namewee sudah terlalu banyak mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.

"Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

"Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik 'Melayu Balik Hutan Jadi Sakai'.

"Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah," katanya dalam rencananya itu.

Bagi penulis berkenaan, siapa Namewee untuk bercakap mengenai perpaduan antara kaum.

"Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada.

"Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube," katanya.

Bagi wartawan Utusan Malaysia, kalau mahu bercerita mengenai filem yang mengambarkan aspirasi semua rakyat, maka filem Estet arahan Mamat Khalid lebih hebat dan berkesan.

Filem Nasi Lemak 2.0 dibintangi beberapa artis dan pelakon popular tempatan seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor.
Posted in:
Anda mungkin juga meminati:
Najib Lebih Memilih Hospital Dalam negeri berbanding Anwar
Video pendedahan Datuk Eskay tentang Anwar
Hadi Akui PAS kekurangan undi Melayu sejak sertai pakatan
Ops Piramid...RM50 juta dibelanjakan untuk bawa balik ...

renung-renungkan. ramai lagi potensi seni boleh dibantu, tidak perlu untuk benawee ini. sekali ini. sudah memadai, no more 2nd chance! masa dia menerima pembelajaran!

Sent from my iPad

Comments

Popular Posts