Tahziah "YANG GAMBI"


menerima berita pemergian seorang 'bloggers' yang banyak mencoretkan pandangan terhadap isu semasa yang berasal dari Pahang ini "Yang Gambi" terasa hilangnya seorang yang boleh dijadikan sumber rujukan dalam penulisannya. Diri yang baru berjinak dalam penulisan ini terasa kehilangannya. hasrat untuk lebih jauh mempelajari bentuk penulisan allahyarham tidak kesampaian
Ucapan, pernyataan kesedihan ditulis oleh rakan seperjuangan atas pemergiannya. Cuma 1 penulisan yang sungguh dikategorikan sebagai penulisan ucapan sangat biadap oleh BICARA ABU NAWAS pagi ini sangat tidak beretika. Cara penulisan yang tidak layak diletakkan sebagai KURANG AJAR sebab sudah banyak belajar. Kalau tidak belajar tidak mampu menjadi penuliskan.?! Dosa terhadap manusia tidak akan terhapus selagi tidak diampunkan oleh empunya diri. Kalau biadap terhadap orang yang sudah meninggal dunia, tunggulah hari akhirat jawabnya.
Apapun, UNIT IT Media Serikandi Pu3 Sipitang mendoakan semoga roh Allahyarham YANG GAMBI diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tidak akan melupai perjuangan beliau untuk kesedaran anak bangsa Malaysia. pemergiannya tiada pengganti, walaupun semakin ramai kelahiran bloggers baru. Ianya tidak akan sama, hanya warisannya sahaja akan dipegang.

Comments

Popular Posts