DEBAT

pagi ini 11.1.2011 ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar. Ibrahim, dalam PC telah mmenyatakan keketapannya untukertahan PROGRAM 100 hari PR. dengan dakwaannya program itu boleh dipakai. Malahan akan dijadikan sebagai salah satu isu utama PRK DUN Tenang.

selain itu Ketua pembangkang itu telah mencabar YAB Datuk Seri Najib, Perdana Menteri untuk lakukan debat terbuka berkenaan pengendalian ekonomi.. Beberapa respond diperolehi seperti Senator Ezam Mohd Nor menyatakan agar cabaran itu tidak perlu dilayan. Manakala Exco Pemuda Hisahamuddin Yahaya mengatakan banyak sangat bohong. dan menyatakan " mana ada kelas - Agendanews.

ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin hati ini menawarkan diri untuk berdebat secara terbuka dengan Ketua Pembangkang sebagai jawapan balas terhadap cabaran yang mengajak Perdana Menteri berdebat. dalam twitter kepada ketua pembangkang " Is that all you've got, sir? Retweeting someone else's words. You and me. Dayo Seri. On the economy. Let's debate" Malangnya Ketua Pembangkang itu melalui Twitter mempertahankan bahawa beliau berkeras untuk meneruskan cabaran berdebat dengan Perdana Menteri bukan dengan Ketua Pemuda UMNO tersebut.

Dalam masa yang sama! Ketua Penerangan Pemuda Datuk Seri Rezal Merican mencabar agar Ketua Pembangkang menerima sahaja cabaran Ketua Pemuda untuk berdebat.

Melalui twitter, Ahli Parleimen Hulu Selangor PKamalanathan menyatakan tidak perlu PM mahupun KJ tawar diri untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang tersebut. beliau menyatakan bahawa PM menjana ekonomi sedangan DS Anwar putar- putar.

nampaknya selain menguar-uarkan Program 100 hari PR, ketua Pembangkang ini mulai fokus ekonomi. Mungkin tercabar dan khuatiri popularitinya semakin terhakis dengan pengumuman PM 19 lagi Projek Petmulaan (EPP) bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang jana pelaburan RM67 bilion dan 35,000 peluang pekerjaan baru.

berfikir bijak untuk memberi penilaian. sebagai renunagn bersama

Comments

Popular Posts