JANGAN ULANGI KESILAPAN SAMA




6699 , 3707.. angka yang cantik kan? Sesiapa yang hendak memilih plat kenderaan, nombor ini sangat cantik dan sebenarnya membawa kenangan buat sesiapapun yang terlibat. Angka kemenangan calon Barisan nasional di DUN 05 Tenang, Johor. 30hb. Januari 2011. Tarikh yang mengubah sejarah seorang pemimpin yang dikenali sebagai TOK AI. Sejarah mencatatkan bencana Banjir yang dikatakan juga lebih teruk dari banjir 2006. Rahmat agaknya tu, sebab penanda bahawa kawasan tersebut memerlukan seorang pemimpin mewakili mereka, yang boleh memimpin , membantu dan bukan dibantu.



Kemenangan dan kemenangan.. Alhamdulillah. Kepimpinan memberi ulasan bahawa rakyat semakin kembali yakin terhadap BN selepas PRU ke-12, Alhamdulillah. Itulah harapn dan impian Pu3. BN kembali menyinar dan semakin bangkit untuk menghadapi PRU ke-13 kelak.


Cuma seperkara yang pu3 ingin katakan sebagai peringatan terhadap diri Pu3 sendiri dan barisan kepimpinan untuk semua peringkat. Kemenangan PRK kebelakangan ini, jangan sehingga membuatkan diri LUPA terhadap peristiwa PRU ke-12. Jangan sehingga kepimpinan terLEKA sehingga LALAI kenapa terjadi PRU-12 dahulu. Jangan jadi BONGKAK dan TINGGI DIRI atas peningkatan ini. Jangan biarkan diri hanyut dalam KEANGKUHAN dan KESOMBONGAN. Maaf, Pu3 walaupun baru dalam dunia politik ini, apa yang Pu3 sedari dan perhatikan, apa penyebab berlakunya sejarah terhasil untuk PRU-12 kerana semua itu. Rakyat menyampah, rakyat bukan berhasratpun hendak jatuhkan kerajaan BN, mereka sebenarnya sekadar untuk mengurangkan mijoritinya sebagai peringatan semata.

HARAPAN Pu3, JANGAN ULANGI KESILAPAN SAMA UNTUK PRU 13

Comments

Popular Posts