alahai

mendengar keluhan seorang sahabat berkenaan jawatan mereka di KAFA, mereka merupakan guru sukarelawan, Bairul Mal. berdassarkan mesyuarat tadi Kawasan Lumadan. apa lagi peninglah sahabat kerana maklumat dari kawasan lain tidak serupa dengan apa yang disampaikan oleh pengurusan kawasan. Penyelia ni kenapa mahu buat keputusan tanpa merujuk dengan pengurusan atasan yang masih berbincang tentang kedudukan guru-guru yang mempunyai jawatan lain selain dari guru KAFA. Kecoh guru-guru apabila mereka konon diminta untuk meletak jawatan dalam masa 24 jam dan diminta untuk menolak sebarang elaun tambahan untuk guru sukarelawan. sedangkan telah diputuskan peringkat atas, pembayaran elaun baru akan bermula April. Setakat ini, pembayRan elaun dari jan sehingga mac masih seperti asal.

peliknya, kenapa penyelia seorang ini kalut mengkecohkan dan membuat huru hara ini. tidakkah tindakannya akan memalukan dirinya sendiri. jika tujuan hendak mengampu, salah tempat dan masa tu, guru KAFA ni bukan budak yang tidak berotak untuk merujuk hal ini kepada atasan. Mengikut keluhan guru KAFA ini, penyelia mereka yang seorang ini memang sangat lemah dari segi pengurusan. Alahai. kasihannya mereka

Pu3 berharap masalah ini segera diatasi. Perundingan antara JHEAINS dengan JAKIM juga msh dalam perundingan dan belum diputuskan sebarang keputusan. berharap sanagat hamba Allah seorang ini, bertindaklah dengan bijak. Jangan sehinagga staf meluat dengan gindakan diri yang tidak munasabah

Comments

Popular Posts