percayalah

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

secara pemerhatian, bererti pandangan peribadi sahaja bukan berdasarkan fakta. 1 persoalan yang timbul. persoalan ini sebenarnya sudah bertahun menjadi persoalan dalam minda. sikap prajudis perempuan terhadap perempuan. adakah sikap ini kerana ianya adalah terkandung dalam 99 nafsu perempuan itu?

ambil satu kes: seorang wanita mendapati pasangannya (lelaki) tertarik terhadap seorang wanita yang lain.

wanita itu secara spontan akan benyatakan bahawa wanita yang menarik perhatian pasangannya sebagai wanaita dot dot dot... itu pertuduhan yang berlaku secara spontan. selepas itu, wanita ini akan menceritakan masalahnya kepada rakan wanaita yang lain. Apa yang berlaku, anggaran 10 orang rakan wanita akan memberi jawapan bahawa kesalahan adalah wanita yang menarik perhatian pasangan sebanyak 9 orang. mungkin hanya seorang sahaja memberikan jawapan sebaliknya. 9. rakan tersebut akan membawa cerita kepada rakan-rakan mereka pula sehinggalah mungkin lebih 100. orang akan menerima cerita itu tanpa jelas bahawa hebahan itu hanya berpandukan maklumat dari seorang wanita yang mempunyai pasangan tertarik kepada wanita lain. lebih malang jika hebahan itu, ada perisa tambahan untuk menyedapkan rasa. semuanya akan menunding wanita yang menarik perhatian itu sebagai pesalah. persoalannya, berapa berapa peratus kemungkinan di antara 100 orang wanita menghebohkan cerita itu mengenali wanita yang dipersalahkan? berapa peratus dari 100 orang itu kembali merujuk hal berkenaan kepada wanita yang dipersalhkan?

Sebenarnya kes seperti ini bukan hanya sekadar bercerita, tetapi hakikat yang berlaku. kenapa awal penerangan tadi, dinyatakan dari 10 orang wanita itu, 9 daripadanya mempersalahkan wanita tersebut. Hanya seorang tidak. 1 itu mewakili individu yang meminta agar kes ini diteliti semula. betulkah wanita dituduh mengganggu si lelaki? atau kenapa lelaki tersebut boleh tertarik kepada wanita lain, apa kelebihan wanita itu yang tiada, atau usdah tidak dimiliki oleh wanita yang pasangannya memandang wanita lain. atau sememangnya lelaki itu jenis suka memandang wanita lain sebelum memiliki pasangannya. banyak perkara yang perlu dinilai sebelum melakukan keputusan. malangnya, 1 suara itu tidak mampu mengubah persepsi 9 orang yang lain.

cerita di atas hanya sekadar contoh kehidupan sosial yang berlaku. sebenarnya mesej yang ingin disampaikan dalam penulisan ini. apa sahaja bahagian, mahupun kategori, wanita berkemungkinan besar lebih prajudis kepada sejantinannya. kurang yakin, kurang percaya kemampuan rakan sejantinanya. atas dasar itu juga lelaki lebih kemungkinan besar akan dipilih sekiranya berlaku pemilihan antara lelaki atau wanita dalam sesuatu jawatan. malahan jika wanita tersebut dipilih, lelaki sebahagiannya mungkin akur dan sebahagian nya akan membantah kerana mungkin EGO . berbeza dengan kumpulan wanita. ( kawan2 jangan marah dengan pernayataan ini. kerana ia adalah berdasarkan pemerhatian) mungkin pengalaman orang lain adalah berbeza

kenapa dinayatakn wanita lebih prajudis kepada wanita lain.
1. hiburan realiti, berapa peratus wanita cenderung memilih artis wanita berbanding artis lelaki?
2. jawatan memilih, contoh PIBG sebagai contoh, berapa ramai YDP nya adalah dari kalangan wanita, sedangkan yang hadir lebih lebih ramai dari kalangan si ibu

salam merenung kembali. dan saya pun akan memikirkan kembali adakah apa yang saya nyatakan ini masih sama setelah melakukan tinjauan seterusnya

Comments

Popular Posts