SUDAH TIBA MASA PUTERI DIBERI PENGHORMATAN
Pembawaan pemikiran kumpulan profesional membuka perubahan pendekatan dan pergerakan yang dilakukan berbeza dengan langkah sayap yang lain.
Namun sikap pesimis kumpulan tertentu, memandang puteri UMNO sebagai kumpulan wanita muda yang tidak matang, tidak perlu diberi tempat apa lagi memimpin mereka yang lebih usianya . Salah satu cabaran yang saban tahun diperjuangkan agar ia dilupuskan masih tetap diperjuangkan
Puteri UMNO bukan hanya permata yang menjadi penyeri, apa lagi menghiasi kegelapan. Puteri UMNO bukan menceriakan UMNO apa lagi penghibur kehambaran kini. Kelahiran puteri UMNO WAJIB dihargai. Kenapa dilahirkan untuk apa dibangunkan WAJIB direnungi.
Usah disingkap kain yang tertutup hanya menjejak parut luka. Usah diselak perkara yang tiada hanya kerana nak mencantas aura kepimpinan yang menyerlah kerana khuatir kedudukan kelak tergugat.
Pu3 petik kata-kata YAB PM yang berjenaka yang pu3 rumuskan pada pemahaman pu3. Pemimpin ada sekarang pada suatu ketika dulu adalah kumpulan muda. Menuntut untuk diberi kedudukan , meminta pemimpin lama memberi tempat. Kini, perkara sama kumpulan pemimpin muda memohon pengertian sama, tetapi kenapa pula pemimpin kini enggan memberi laluan. Malahan masih bangga menekan kumpulan pemimpin muda ini agar kedudukan mereka kekal sama. Maaflah ya.
Bukan nak kedudukan. Tetapi pu3 pun sebagai kumpulan wanita muda, bersetuju sangat cerita tersebut. Wajar direnung-renung dengan kewarasan yang tinggi. Usah kerana takutkan bayangan, usaha mencantas ini diamalkan. Jangan kerana gilakan bangga kuasa, anak dipelihara sanggup dikorbankan kerana si anak lebih menonjol kemampuannya.
Jika salah, tegurlah
Andai silap, nasihatlah
Andai lemah, berikan motivasi
Andai sasar, bimbinglah benar
Andai sesat, pandulah kembali jalan semula
Andai leka, ajarlah
Andai lupa, berilah ingatan
Sikap prejudis kepada golongan muda WAJIB dihentikan. Puteri UMNO wajar diberi penghormatan sama seperti sayap lain. Andai hanya untuk dianak tirikan. Kenapa puteri dilahirkan.
Puteri UMNO bukan penceria kehambaran
Apa lagi sebagai permata hiasan. Puteri UMNO bukan penghibur hati lara. Pu3 bencikan sikap prejudis ini. Pu3 mahukan penghormatan untuk sahabat pu3 yang tidak kira penat lelah, wang ringgit, masa dan jiwa dikorbankan untuk perjuangan Bangsa Agama dan negara. Sama seperti kepimpinan lain.
Selamat bersidang Pergerakan Puteri UMNO 2012.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment