MENTERI KECEWA INSIDEN KEKECOHAN SESI PENGGULUNGAN : ISU AES

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Ahli Parlimen Pembangkang sengaja mencetuskan suasana tegang ketika sesi penggulungan perbahasan Bajet 2013 melibatkan Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat petang semalam.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Menteri Pengangkutan Dato' Seri Kong Cho Ha berkata, tindakan tersebut dilihat dirancang bagi mencetuskan huru-hara terutamanya membabitkan isu perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Dalam perbahasan peringkat jawatankuasa kali ini, saya merasa sungguh kecewa, kerana dalam perbahasan yang dijalankan semalam, kita sedia mendengar tentang semua hujah-hujah dan soalan-soalan yang dibangkitkan oleh kesemua Ahli Parlimen.

"Akan tetapi apabila sampai masa Kementerian untuk menerangkan serta menjawab isu-isu yang berbangkit, kita nampak seperti ada sesuatu yang dirancang bertujuan menghuru-harakan keadaan bagi menghalang Kementerian untuk memberi penjelasan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini semalam.
Beliau turut menegaskan, usul yang diluluskan Dewan Rakyat tidak langsung merangkumi Perlaksanaan Sistem AES secara keseluruhan.

"Pada (Sesi Penggulungan) di Dewan Rakyat, apa yg diluluskan adalah menerusi proses berbelah bagi mengenai bajet untuk Kementerian Pengangkutan. Tiada kena mengena dengan AES. Perbahasan ini adalah untuk bajet 2013 dalam Kementerian Pengangkutan Malaysia," tegasnya lagi.

Beliau juga menafikan tuduhan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa sistem AES diwujudkan semata-mata untuk mengaut keuntungan dan berlaku ketidaktelusan 2 buah syarikat yang menguruskan operasi sistem tersebut.

"Dalam proses penilaian serta pemilihan ini juga adalah melalui proses yang tulus dan ketat malah 1 Jawatankuasa Penilaian ditubuhkan termasuk daripada agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), mahkamah, wakil peguam, PUSPAKOM, Jabatan Kerja Raya (JKR), serta pemerhati daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," ujarnya lagi.

Pada sesi penggulungan tersebut, Dewan Rakyat menyaksikan kekecohan apabila beberapa Ahli Parlimen Pembangkang dilihat cuba mengganggu perbahasan pihak Kementerian Pengangkutan berkaitan isu perlaksanaan sistem had laju AES.

Sesi undi terhadap Bajet 2013 untuk Kementerian Pengangkutan Malaysia itu  turut diganggu sehingga proses tersebut terpaksa dilakukan sebanyak 2 kali.

Bagaimanapun, undian memihak kepada pihak Kementerian dengan keputusan 80 undi bersetuju berbanding 49 undi menolak usul berkenaan.

Sumber: KLPos dot com

Ps: memanglah yang menentang ni mereka yang suka bebenor lakukan kesalahan. Pihak pembangkang, antara manusia yang sukar mempraktikkan disiplin mematuhi peraturan. Malahan undang-undang depa pakat nak rempuh juga.
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts