GELOMBANG KEAMANAN SEJAGAT: KDN KECAM KEKEJAMAN ISRAEL

PUTRAJAYA 22 Nov - Sejajar dengan usaha bagi mewujudkan gelombang keamanan untuk mengecam kekejaman yang dilakukan Isreal terhadap bumi Gaza,  kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Warga Skuad Muda KDN bersama-sama berhimpun bagi menyampaikan mesej kepada dunia tentang krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza ketika ini.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ekoran sekatan yang dilakukan oleh regim zionis, Tabung kecemasan Gaza hari ini berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM126,109 ribu yang akan diserahkan kepada Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) bagi disalurkan kepada rakyat Palestin.
 
"Hari ini kita lihat krisis kemanusiaan di bumi Gaza dan kita tahu mereka tidak cukup dengan keperluan harian, perubatan dan sebagainya.
 
"Oleh itu, saya mahu umumkan kepada dunia dalam konteks keamanan dunia sejagat maka pagi ini bermulalah gelombang semangat nilai yang kita mahu wujudkan", katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Gelombang Kedamaian 1KDN & Tabung Kecemasan Gaza.
 
Menurutnya, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman akan mengetuai gerakan kutipan tabung itu dan Datuk Lee Chee Leong akan mengetuai dalam usaha mewujudkan gelombang keamanan sejagat dikalangan Skuad Muda KDN.
 
Beliau turut memuji rakyat Malaysia  yang turut menyalurkan sumbangan dengan menanamkan sikap cintakan keamanan dan membuang sikap tanpa mengira kaum untuk membantu rakyat Palestin yang ditimpa krisis dalam masa ini.
 
Sementara itu, beliau turut menyifatkan Isreal sedang berada didalam keadaan tertekan selepas genjatan senjata dilakukan terhadap negara itu.
 
"Mungkin kerana tekanan daripada dunia yang dipaparkan oleh media massa dan mungkin juga daripada suara dan juga doa kita bersama. Kita doakan genjatan senjata ini akan berterusan", katanya.

Sumber : KLPos dot com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts