SEMAKIN LAMA SEMAKIN TERSERLAH SIFAT PAS KINI - SUMBER SAHABAT

PEWARIS ANAK BANGSA

Kelebihan apabila kita menyertai pelbagai kumpulan, sedikit sebanyak, banyak info kita perolehi yang sewajarnya dikongsikan untuk dibaca sama oleh pembaca lain. terutama mereka yang tidak aktif dalam kumpulan tetpi lebih suka membaca blog semata.
Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran Parti Melayu Pas di Auditorium MBSA Shah Alam adalah siri bermulanya Pas membongkar kejahatan politiknya selama ini kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Pas didapati telah kehilangan sokongan umat Islam, kini terpaksa mengadakan konvensyen murahan setelah mendapat rangsangan daripada China DAP, supaya memainkan sentimen di kalangan bangsa Melayu untuk mendapatkan undi. Pembongkaran kejahatan politik Pas ini dinyatakan dalam 12 resolusi yang amat jelas maksudnya.

1. PAS terpaksa meniru jejak langkah UMNO yang selamanya komited melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera.

2. PAS mengaku silap menderhaka dan kini berjanji terpaksa mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

3. PAS telah sedar dan insaf kerana mempolitikkan agama Islam dan kini berjanji akan beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu.

4. PAS menyedari pentingnya undi dari bangsa Melayu dan berjanji akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah seperti yang diamalkan oleh UMNO.

5. PAS telah sedar pentingnya undi dari bangsa Melayu dan berjanji akan mengubah daripada perjuangan kerana Islam kepada perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera yang selama ini telah berjaya dilaksanakan oleh UMNO-BN.

7. PAS telah menginsafi kebenaran dan keberkesanan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam seperti yang sedang dilaksanakan oleh UMNO-BN di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.;

6. PAS akan terus mendapatkan undi daripada kaum bukan Melayu dengan berjanji akan mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain seperti yang telah dilaksanakan oleh UMNO-BN selama ini;

8. PAS berjanji akan mengikuti jejak langkah UMNO-BN untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS mengaku keberkesanan dasar-dasar UMNO mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting
kekuatan ekonomi Melayu dan berjanji akan mengikut jejak langkah yang baik itu.;

10. PAS mengiktiraf usaha gigih UMNO mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang dan akan mencontohi usaha murni tersebut;

11. PAS berjanji akan menuruti dasar yang telah diamalkan oleh UMNO-BN yang mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS yakin dengan sistem pendidikan holistik yang menjadi dasar Pendidikan Negara yang disediakan oleh UMNO-BN dalam usaha membina jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang dan berjanji akan mencontohi pelaksanaannya. - sumber Aman damai FB

Cuma pu3 yakin, sebanyak mana info yang diberi, tetapi ketaksuban yang menguasai minda pengikut PR tetap menolaknya. harapan pu3 hanya kepd mereka yang terkial2 memilih perjuangan yang bagaiman itulah sasaran pu3. semoga mereka tidak salah memilih.

Comments

Popular Posts