FADZIL NOOR: DAP TAKKAN TERIMA PERJUANGAN ISLAM SAMPAI MATI- SUMBER KAWAN

PEWARIS ANAK BANGSA

Pu3 teringat beberapa bulan lalu, rasanya tahun lalu kot, selps pu3 nyatakan bahawa karpal singh mengatakan "Langkah dahulu mayat aku kalau jadikan Malaysia negara Islam" seorang mamt menghentam pu3 degan menuduh pu3 saja buat cerita. serupa dgn org BN lain. saat itu rakan BN pu3 tampil menbantai mamat tu sehingga kini pu3 dh lupa lak nama dia, tp mmg dia dh xder dlm FB atau dia dh tukar nama kot

kini apa yang berlaku dahulu, membangkit ingatan pu3 apabila MB Selagor menggigil kalut minta maaf pada pihak gereja. kenapa? sebab dia hanyalah boneka yang ditarik tangan dan kaki utk bergerak. siapakah pemainnya. korang mesti tau punya.

ini pu3 meminjam artikel sahabat dari blog gelombang-rakyat.blogspot.com :


"DAP tidak berhak melarang perjuangan PAS untuk terus mengangkat dan memertabatkan Islam sebagai Dasar Perundangan. Apa yang mereka benci sangat dengan perundangan kita? Jikalau itu keputusan DAP, ianya tidak sama sekali mematahkan semangat Barisan Alternatif untuk terus bergerak ke depan."
 Itu komen bekas Presiden PAS, Arwah Fadzil Noor ketika menjawab wartawan selepas DAP mengambil keputusan untuk keluar dari gabungan Barisan Alternatif pada tahun 2001. Ini kerana DAP tidak berpuas hati dengan PAS yang disifatkan ekstrim Islam dalam melaksanakan perundangan Negara seperti menghadkan penjualan arak, menutup pusat2 perjudian dan mengurangkan pusat2 hiburan aka Kelab Malam. Dan yang lebih penting, melarang sama sekali sebarang jemputan orang Islam ke upacara2 Keagamaan selain dari Islam kerana mampu merosakkan pegangan akidah. Perkara2 ini yang dipersoalkan DAP yang terbaca beberapa dasar yang dibentangkan PAS di masa akan datang. Situasi pada ketika itu sama seperti hari namun, DAP selesa di dalam Pakatan Rakyat. Kenapa? PAS tunduk pada mereka. Malah siap dihantar rombongan memohon maaf dengan tindakan2 yang dilakukan seperti di atas. Begitu 'diplomasi' PAS hari ini.

Akibatnya, tiada lagi perundangan Islam. Yang dilihat perundangan mereka semakin sekular dan lebih ke arah sosialis. Di Kedah sahaja walaupun PAS mentadbir Negeri ini akan tetapi tetap tunduk pada DAP yang menentang usaha Kerajaan Negeri menutup Pusat2 Hiburan pada bulan Ramadhan. Walhal PAS mengetuai Pentadbiran Kerajaan Negeri ini. Ia kemudiannya disusuli di Selangor. Hasan Ali sebenarnya antara pemimpin yang membawa aspirasi dan daya tarikan perjuangan Fadzil Noor. Namun ianya tidak boleh digunapakai dan mesti dibuang terus kerana perjuangan itu tidak releven bagi PAS untuk turut merasa kenikmatan kuasa ke arah menakluki Kerajaan Pusat. Jadi, apa bezanya PAS dan UMNO? Hendak menentang rasuah, bukan sahaja gagal, akan tetapi Agama dipijak dan diperkecil2 kan. Kenyataan ini merupakan luahan bekas Vateran PAS Kedah yang bersama2 Fadzil Noor memperjuangkan PAS Kedah sekitar akhir 1970an.
p/s: pu3 bersyukur kerana pu3 berada dlm UMNO yang memperjuangkan bangsa agama dan negara walaupun pihak PR selalu membuat byk dongeng tk lawak.

Comments

Popular Posts