PERLU BACA APA YANG PERLU KITA TAHU

PEWARIS ANAK BANGSA

Rencana di bawah ni bukan hasil tulisan pu3, tetapi pu3 akui, pu3 sangat menyukai pandangan saudara RAZZ AIME.... sebab itulah pu3 kongsikannya dalm blog pu3 ini untuk tujuan kekwn kena baca juga ya:

Murtad Satu Hal, Pakai Kopiah Tapi Sokong Murtad Satu Hal Lain.
Lepas satu satu yang terbongkar tentang kisah gereja haram di Damansara DUMC. Dikatakan haram sebab pembinaan gereja tersebut tidak mendapat kelulusan Majlis, yang diluluskan adalah dewan komuniti, bukannya gereja.

Tapi kita tak minat nak sentuh isu itu sangat, dengan separuh dari Exco Selangor dikuasai puak kristian dan Exco Islam yang ada pun (tolak 1) jenis menurut saja tanpa membantah, kelulusan untuk menukar sebuah pusat komuniti kepada sebuah gereja bukanlah satu masalah.

Yang lebih penting kesalahan yang berlaku dalam gereja tersebut pada hari kejadian.

Kesalahan yang berlaku dalam gereja haram DUMC bukannya perkara kecil tapi perkara besar. Kesalahan yang cuba dilanggar dalam gereja tersebut bukan undang-undang biasa tapi PERLEMBAGAAN. Apa yang lebih besar dari itu dalam konteks sebuah negara?

Kalau ikutkan darjah kesalahan, apa ’class’ JAIS yang datang serbu? Sepatutnya dalam isu sebesar ini pasukan khas polis seperti UTK atau VAT69 yang patut serbu gereja tersebut, kalau tidak komando darat, laut dan udara. Lepas serbu gereja, serbu pulak pejabat PAS Shah Alam.

Sebab apa?

Sebab yang nak murtadkan orang Islam ada dalam gereja, yang menyokong cubaan memurtadkan orang Islam ada di pejabat PAS Shah Alam. Dan kalau diikutkan, yang di dalam pejabat PAS Shah Alam tu lebih bahaya sebab mereka adalah orang yang sama-sama keluar masuk masjid, sembahyang macam kita semua. Atau lebih mudah faham, musuh dalam selimut.

Senada dengan gereja, PAS dakwa itu majlis makan malam. Walhal dengan segala aturcara, program yang diadakan (rujuk gambar), makan malam apa macam tu?

Jelas sangat PAS sokong cubaan nak memurtadkan orang Islam dalam gereja DUMC sebab tak sempat menunggu mana-mana pihak bagi penjelasan, JAIS baik, Hassan Ali baik, polis baik, mereka dah memihak kepada pihak gereja. Khalid Ibrahim lagi best, siap mintak maaf dengan pastor gereja tersebut dan kutuk JAIS dalam masa yang sama kerana konon ‘serbu’ gereja tersebut.

Yang dikatakan serbu itu pun bukan serbu pun. Lapuran dari medan mengatakan pegawai JAIS ketuk pintu gereja, kata kuncinya disitu ‘ketuk pintu’. Si bodoh mana dalam dunia ini yang dikatakan menyerbu tapi ketuk pintu dulu?

Itu bukan serbu dalam erti kata sebenar. Menceroboh pun bukan sebab polis ada disitu.

Memang betul pihak gereja ada bagi bantuan kepada orang susah dari dulu, itu kita akui, tapi kes yang di Damansara Utama ni berlaku dalam gereja, ulang balik, dalam gereja. Kalau ikhlas dan jujur nak bagi bantuan, diluar gereja apa masalah? Itu satu hal, siap ada nyanyi nyanyi memuja muji Isa Al Masih tu apahalnya pulak?

Puak Kristian ini tidak akan berhenti untuk mengembangkan agama mereka disini . Ketika awal 80-an, kemunculan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Nasrani dalam industri hiburan kita begitiu menyerlah. Ada yang bertiga, ada yang solo, berkumpulan dan sebagainya. Dengan muka yang tampan bagi lelaki dan cantik bagi perempuan, mereka sebenarnya ejen penyebaran agama kristian melalui lagu-lagu merdu menusuk kalbu.

Kerajaan yang cepat menghidu kegiatan mereka telah mengambil tindakan awal sehingga menyebabkan sebahagian besar puak-puak ini melarikan diri ke Australia dan ada yang menjadi permaustutin disana. Kalau penulis sebutkan nama kumpulan ini dan lagu mereka, pasti ada yang tahu.

Sekarang, jalan lebih mudah sebab sudah ada orang Islam sendiri yang melindungi kegiatan mereka. Semua ini dan banyak lagi adalah bukti kenapa PAS perlu ditolak dalam erti kata yang sebenarnya.

PAS dah melebihi ruang lingkup yang dibenarkan dalam hal pendaftarannya, politik.- razz aimezz

setuju tak apa yang pu3 ulas sebelum ini. Menarik bukan. jadikan ia sebagai bacaan ringan yang bermaklumat sebagai renungan kita hari ini

Comments

Popular Posts