INGATLAH SELAGI PEMERINTAH ITU ISLAM, WLU ZALIM SEKALIPUN, ALLAH MELARANG MENYINGKIRKANNYA

PEWARIS ANAK BANGSA

Lama dah pu3 mencari artikel yang mengingatkan semula apa yang pu3 pernah belajar dulu. Iaitu berkaitan bahawa wajib mempertahankan pemerintah Islam . Walaupun dikatakan sebagai pemerintah zalim. Thanks my kawan yang sudi mengongsikan info dalam fb dan pu3 cedok utk abadikan dalam blog pu3 ini.

DILARANG MEMERANGI PEMERINTAH ISLAM YANG ZALIM

Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka).

Sesiapa yang membenci perbuatan munkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan munkar tersebut”.

Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?”
Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”.
(Riwayat Muslim).

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.
(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam.

Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah kerana kesannya yang amat merugikan. Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian.

Negara akan hancur, rakyat akan menderita, hasil negara diambil oleh golongan kafir.

Pu3 kongsikan maklumat ini utk renungan kita. Membezakan tindakan segelintir umat Islam yg bersekutu dgn org kafir utk menjatuhkan pemerintah Islam. Soalan pu3. Zalimkah pemerintah skrg? Mana zalimnya?

Comments

Popular Posts