PERHIMOUNAN HARAM BEESIH 4.0NHANYA SIA-SIA : RAHMAN DAHLAN


KUALA LUMPUR:  Perhimpunan haram Bersih 4 hanya akan menyebabkan semua rakyat menanggung akibat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata impak utamanya adalah kepada ekonomi terutama ketika pasaran dunia dalam persekitaran yang sensitif.

Menurutnya, ketidakstabilan domestik bakal memberi imej negatif kepada negara dalam pasaran global.

[LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Bilangan peserta perhimpunan di KL bertambah, situasi terkawal

"Pasaran dunia sekarang sensitif kepada mana-mana perkembangan domestik dalam negara.

"Mereka nak turunkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi ianya tak beri kesan kepada orang politik dan pada 1 September kerajaan masih lagi Barisan Nasional dan Najib tetap Perdana Menteri.

"Namun yang terkesan oleh sebab perkara itu adalah peniaga kerana kejatuhan saham,  rakyat kerana pelabur terjejas dan peluang perkerjaan akan berkurangan … barulah orang politik," katanya yang ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Apa yang pasti kata Abdul Rahman, Bersih 4 hanya perhimpunan sia-sia kerana kerajaan sedia ada akan tetap berdiri teguh. - Astro Awani

Comments

Popular Posts