BEKAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH PDRM DATO' MOHD FAUZI MENINGGAL DUNIA

Innalillahi wainnailaihirajiun. Al-Fatihah

Walaupun allahyarham seorang PAS. Sebagai seorang sesama Islam LADY doakan semoga rohnya diletakkan di kalangan mereka yang beriman. Tahziah pada ahli keluarga Allahyarham.


Bekas calon PAS Parlimen Larut, Dato' Mohd Fauzi meninggal dunia
Azyyati Ahmad | Kemas kini: Disember 01, 2013


KUALA LUMPUR:  Bekas calon PAS Parlimen Larut, Dato' Mohd Fauzi Shaari telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang.

Mohd Fauzi, 63 yang juga merupakan mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) meninggal dunia pada jam 8.17 malam akibat jangkitan kuman pada hati dan buah pinggang.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi, meluahkan rasa dukacita dan sedih ke atas berita pemergian Mohd Fauzi.

"Allahyarham dilihat sebagai tokoh polis dan tokoh masyarakat yang mempunyai keperibadian yang begitu hebat dan kehilangannya amat dirasakan seluruh ahli parti" katanya kepada pemberita.

Salahuddin yang mewakili pucuk tertinggi kepimpinan parti turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat.

Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah No. 7, Jalan 10/15 Seksyen 10 Shah Alam.

Pengebumian dijangka akan disempurnakan pada 2 Disember di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Comments

Popular Posts