PRU13: 5 SEBAB CINA TOLAK MCA, GERAKAN

Seorang penganalisis politik menggariskan lima sebab mengapa kaum Cina menolak MCA dan GERAKAN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kelmarin.

Sebab utama ialah mereka terpengaruh dengan slogan DAP iaitu 'Wu Yue Wu, Huan Zheng Fu' (Lima Hari Bulan Lima, Tukar Kerajaan), sekali gus mengakibatkan 'tsunami kaum Cina'.

Prof Dr Hoo Ke Ping berkata, faktor kedua ialah PAS yang turut memberi tumpuan kepada pengundi Cina sehingga sesetengah pemimpin kanannya sanggup menggugurkan tuntutan negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan mereka selama ini.

"Ketiga, kaum Cina mempunyai aspirasi tinggi untuk memegang kuasa dan ia boleh dilihat apabila BN tumbang seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

"Kelima, kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pada PRU-13 kelmarin, MCA memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

MCA perlu lakukan pembaharuan

GERAKAN pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen, Simpang Renggam, daripada 11 kerusi diperuntukkan, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis, Johor; Tanjong Papat dan Elopura, Sabah daripada 31 kerusi ditandingi.

Mengenai masa depan MCA, Ke Ping berkata, parti itu perlu melakukan pelbagai pembaharuan, termasuk merombak kepemimpinan untuk terus kekal relevan dalam politik negara ini.

"Bagi GERAKAN, secara peribadi saya berpendapat parti itu sudah tidak boleh hidup lagi kerana dua kali kalah teruk dalam pilihan raya umum, selain tidak mempunyai hala tuju dan kepemimpinan yang agresif," katanya. -BH

Comments

  1. Mereka (Dap) lupa nahawa mereka hanya boleh merancang tetapi ketentuan bukan mereka tentukan.

    Bukan saja mereka malah Parti Isle juga turut tidak nampak akan hakikt itu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts