KARPAL SINGH BUAT BANTAHAN HIMPUNAN JALANAN????????

Mungkin sudah hilang akal agaknya Pengerusi DAP ini apabila dengan terang dan jelas beliau membantah "Gerakan Gulingkan Kerajaan" yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.Apakah Karpal sudah tidak mahu hidup lama kerana menggagalkan rancangan yang telah dirancang oleh Anwar Ibrahim sekian lama untuk menjadi pemerintah di negara ini dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan kekerasan?.Menurut Portal Berita Harian:

Baca ini

Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.
Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13).

Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus.

"Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

"Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah," katanya kepada BH.

Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini.
Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman.

"Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan," katanya.

Terdahulu, Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee di sini terhadap kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam satu forum 'Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, Ahad lalu.

-Beritaharian online ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Karpalbantahgulingkerajaangunakekerasan/Article)

 Karpal dikatakan tidak bersetuju dengan cara Pakatan Rakyat yang menggunakan 'Demonstrasi Jalanan" sebagai senjata untuk menumbangkan kerajaan.Adakah anda percaya apa yang dikatakan oleh si tua DAP ini?.Karpal Singh bukan sebarang orang untuk diduga dan sebagai Pengerusi DAP beliau bukan calang-calang orang untuk dipandang remeh segala kenyataannya.Setiap perkataan dan gerak-gerinya walaupun berkerusi roda memberi pelbagai makna yang tersirat, beliau bukan mudah mengungkap kata kalau tiada perancangan yang sudah tersusun kemas seperti yang dilakukannya sebelum-sebelum ini.Ada beberapa sebab mengapa Karpal berbuat demikian dan antaranya ialah:- Demonstrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan seperti yang dirancang dan ia dapat dilihat jelas dengan semakin berkurangan orang hadir untuk menyertai menyertai mereka lalu bagi menutup "Kemaluan " mereka terpaksa menghentikan demontrasi-demontrasi yang telah dirancang sebelum mereka mendapat malu besar dan kenyataan Karpal ini akan menghalalkan rancangan itu.- Demonstari yang dijalankan telah gagal mencapai sasaran pengunjung mengikut pecahan kaum dan dilihat kaum Cina telah memonopoli setiap demonstrasi yang dijalankan dan ini boleh mendatangkan bahaya jika diteruskan lalu kenyataan Karpal ini juga dilihat baik untuk mereka menghentikannya.- DAP yang diketahui telah merancang semua dilihat tidak mahu bertanggungjawab apabila demonstarsi ini menjadi tidak terkawal dan seperti yang kita tahu DAP tidak mahu peristiwa lama bermula kembali dan ini memperlihatkan ketakutan DAP apabila berjaya membawa mesej perkauman yang jelas dan ganas seakan tidak terkawal apabila kaum Cina mula turun ke jalanan secara terang-terangan.- DAP sudah habis dengan fasa ini dan mahu melangkah ke fasa yang baru seperti yang diterangkan dalam buku karangan "Gene Sharp" yang memberikan tunjuk ajar bagaimana mahu menjatuhkan sesebuah negara dan jika dilihat mereka telah mengikutinya dengan baik sekali. (kita akan kupas  di artikel yang lain)Itu hanyalah sebahagian pendapat aku dan ianya tidak semestinya benar kerana sejak awal aku telah katakan ia hanyalah pendapat.Tetapi apa yang mahu aku jelaskan kembali disini ialah Karpal Singh bukanlah terlalu bodoh untuk berperang dengan Anwar Ibrahim memandangkan mereka telah terlalu lama berusaha untuk merampas negara ini.Perkara ini telah banyak kali berlaku dan antara ayat paling popularnya ialah "ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT" selain itu pertelagahan karpal dengan Nik Aziz juga telah banyak kali berlaku dan akhirnya meraka tetap bersama bersepakat dan bersepadu menggerakkan jentera mereka untuk menumbangkan kerajaan.Amati baik-baik dan berikanlah pendapat anda pula...*** INi hanya pendapat.. hehehhe [mohon pencerahan]...

Sumber: penadaritanah melayu blog

Ps: jika dikira jumlah kerusi parlimen  ditawan oleh DAP. Berbanding PKR mahu pun PAS. Boleh agaklah kenapa karpal singh tunjuk 'baekkkkkk sangat' almaklumlah dan saham naik sekarang. Demokrasi yang berjaya dari kebodohan gabungan sekutu bodohnya yang tak sedar-sedar.. mereka sedikit masa akan lupus. Andai DAP sokong bantahan PRU 13.. takut kerusi mereka akan berkuranglah pula akan datang kerana menyokong kumpulan sekutu yang masih gagal menerima hakikat jumlah kerusi parti mereka dah berkurangan!

Comments

  1. Aku org BN, aku xsetuju ayat yg bawah, mengatakan Xde sambutan utk demo, dah byk Kali diorg buat, terbukti ramai, korg punya ayat, ayat provok tau! Mmg korg nak suruh depa berdemo ke? Bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa kau ni lagi bodoh!..provok apa nya, takda rasa pun, semakin mereka berdemo semakin mereka di pandang serong oleh masyarakat....paling lama mereka tahan berdemo ialah 6 bulan..lepas tu letih lah tu....akhirnya mereka meroyan di sesial network je....

      Delete
  2. Alah, ini bukan 80:20 atau 70:30. Ingatlah, ini dalam 50:50 dan semakin berkurang setiap hari.. Kalau PR menangpun, mudah ke nak mentadbir dengan pecahan yg sebegini rupa dengan pengalaman yg dengkel tu? Lupakanlah, carilah majoriti yg mantap untuk memerintah kalau tidak, hancur negara dengan rusuhan. Baliklah kepangkal jalan, sebelom kena tangkap.. Sia sia sahaja lah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts