MINTA PENJELASAN ISU PRU13 ATAU BAWA KE ISTANA?????


Kenapa nak buat himpunan? Dah tak ada undang-undang ker nak pakai. Atau memang saja nak mengglamourkan diri.. ish ish ish...

Baca lagi

PUTRAJAYA 10 Mei - Kumpulan mahasiswa pro-pembangkang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memberi tempoh seminggu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk memberi penjelasan berkenaan isu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atau akan membawanya ke peringkat Istana Negara.


Menurut Pengerusi SMM Safwan Anang, SPR sebagai badan bebas dilihat gagal berfungsi dalam menjalankan proses pilihanraya selain mendakwa badan tersebut sebagai berat sebelah.

"Kami bersikap profesional kerana tidak terlibat dengan parti politik. Kami kecewa dengan unsur penipuan, SPR tidak patut bias.

"Kita bagi tempoh SPR jawab dalam tempoh seminggu, kalau tak ada jawapan kita bercadang turun sekali lagi dan kemungkinan akan bawa perkara ini ke Istana Negara berjumpa dengan Yang Dipertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum ke Pejabat SPR Putrajaya di sini, hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam SPR bertujuan mendedahkan kononnya terdapat kesalahan serta manipulasi SPR sekaligus menuntut supaya SPR tampil memberi penjelasan.

Antara tuntutan yang terkandung di dalam memorandum berkenaan termasuk,
1. Menolak keputusan pilihanraya umum ke 13 (PRU13) telah gagal memperlihatkan demokrasi yang telus.
2. Mendesak agar dilantik SPR baru yang telus, amanah, dan berintergriti memandangkan SPR sedia ada bersikap bias.

3. Menuntut pilihanraya semula yang di selia oleh SPR yang baru dan menganggap kerajaan yang terbentuk hari ini tidak mempunyai mandat rakyat secara majoriti.

Hadir sama penggiat politik mahasiswa, Adam Adli, dan penyokong dari kumpulan mahasiswa pro pembangkang serta calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shahrin yang kalah dalam pertanding tiga penjuru (BN, PKR, PAS) di kerusi DUN Sg Aceh pada PRU13.

Sementara itu, Adam Adli yang dikenali dengan tindakan menurunkan bendera UMNO di bangunan PWTC pada Disember 2011 lalu berkata, rakyat terutamanya golongan muda perlu turun ke jalan raya bagi menyuarakan protes selain mendesak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk letak jawatan.
"Jika tidak letak jawatan, hari Sabtu kita akan turun ke jalan raya. Kali ini kita harus gempur dan lawan habis-habisan.

"Ini adalah tanggungjawab yang paling mulia buat semua rakyat dalam negara ini," kata beliau yang kemudiannya disambut dengan sorakan kira-kira 50 orang pengikutnya.
 

Menurut perlembagaan, keputusan pilihan raya boleh dicabar dengan memfailkan petisyen bantahan di mahkamah dalam tempoh tiga minggu selepas keputusan pilihan raya diwartakan.

Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) bersedia mengendalikan perbicaraan petisyen pilihanraya di negeri-negeri terlibat dan rayuan di mahkamah tertinggi.


"Kita sedia mengendalikan petisyen pilihanraya jika ada pihak yang menfailkannya di mahkamah.

"Buat masa ini, belum ada lagi kerana keputusan pilihanraya belum diwartakan" katanya.

Sumber: KLPos dot com

Ps: bangang juga budak2 ni.. suka bebenor buat perangai di jalanan!

Comments

  1. ini budak buat susah rakyat malaysia sahaja, buang masa sungguh di jalanan, rasa nak tangkap taruk dalam penjara 30 tahun kasi aman malaysia semula..sudah kalah lagi mau komplen ker..yang kelantan selangor penang menang ke Pakatan rakyat tak nak komplen pulak..apa punyak bodoh la bebudak otak senteng ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts