Pas Ibarat Keldai Bawa Kitab, Bawa Saja Kuasanya Tidak Ada .....

Pas kini di ibaratkan seperti keldai yang membawa kitab ajaran Islam dalam pakatan pembngkang berikutan kegagalan parti itu mengekalkan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor yang sebelum ini disandang oleh Datuk Hassan Ali setelah di gugurkan daripada jawatan Jumaat lalu. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin berkata, perkara itu amat Pas kerana pengambilalihan portfolio tersebut oleh Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dari parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan PKR sekutunya DAP tidak lagi percaya Pas.

Menurutnya, perkembangan di Selangor itu menunjukkan PKR dan DAP sekali lagi berjayamengenepikan peranan Pas daripada terus memperjuangkan perkara penting berkaitan agama seperti isu murtad , penjualan arak serta perjudian di negeri di tadbir oleh pembangkang.

"Sebelum ini, di Pulau Pinang, ADUN Pas Permatang Pasir iaitu Salleh Man lansung tidak diberi apa-apa portfolio walhalpakatan pembangkang dahulu menjanjikan beliau jawatan Exco Hal Ehwal Islam atau Pengerusi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang tapi sampai saya sudah keluar dari PKR pun Salleh tidak diberi jawatan itu.

"Ini satu penghinaan besar kepada Pas kerana dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa akan ada masanya kita melihat pihak yang sepatutnya memperjuangkan Islam diketepikan daripada bertanggungjawab itu ibarat 'keldai yang membawa kitab, bawa saja tapi kuasanya tiada", katanya. Rombakan portfolio  Hal Ehwal Agama Islam Selangor yang di sandang Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Pas kepada Menteri Besar, Tan Seri Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyar (PKR) membuktikan maruah Pas sebagai sebuah parti Islam dipijak.

Katanya, perkembangan ini menggugat kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang serta menggambarkan ADUN parti itu di Selangor tidak layak memikul portfolio penting tersebut. "Portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggan Pas sebagai sebuah parti Islam telas terlepas ke tangan PKR. "Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan," katanya.

Pssssttt..PAS layak jaga sukan Dapat lihat peha putih gebu dari atlit di kolam renang..terangkat tak serban PAS agaknya huhuhu..- mohd nor FB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts