ANWAR JAGUH KAMPUNG KECUT JE!

Anwar PAPET IKAT YAHUDI
Pantang tengok tulisan balun membuka topeng syaitannya, sah SAMAN. Sini saman, sana saman, depan saman belakang saman. Sesiapa berani kritik sah surat sama. Tapi, saman pada yang dia pandang rendah je. Ramai lagi dia kecut nak saman. Dari dtk T, ezam, hinggakan majalah the economist, baru2 ni kenyataannya menyokong Israel. Badan anwar tidak ada respond nak bertindak. Jadi budak skema semacam... Kenapa ya?
Lambaian Anwar setelah dipasang rantai IKAT YAHUDI

Pu3 senang je, kenapa.. Sebab anwar KECUT dengan mereka ni, mereka memiliki RAHSIA BESAR Anwar dan sebahagiannya pula Anwar ada AGENDA untuk dapatkan sokongan penuh memenuhi MIMPInya menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun sekadar BONEKA BABY CRY! Sumbat mulut sonyapler! Janji dapat duduk kat putrajaya!

Anwar memang terdesak sangat sekarang. Usia EMAS dia dah masuk penghujung. Dia nak sangat pastikan PRU kali ini, kerusi perdana menteri dia yang isi walau apapun cara. Nak menunggu akan datang tak tau usia dia still ada energy ker tk. Pu3 tak rasa kasihan dengan tekanan nafsu dia ni, tapi bolehlah masuk kategori simpati kerana mimpi dia tak mungkin akan jadi realiti. Itu pu3 serta rakan2 pu3 nak pastikan ia tak akan terjadi. Insyallah. So utusan dh sebati terima surat saman dari peguam Anwar. Bila lak kaitan zionist ni terima surat cinta dari anwar lak heheheheeh

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel. Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.  Beliau mendakwa ketua pembangkang itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.
...

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Isnin.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.  Jelasnya hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa. Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. - BERNAMA

Comments

Popular Posts