LAPORAN 4 LAGI RAKYAT MALAYSIA DICULIK HANYA KHABAR ANGIN : KPM


KUALA LUMPUR:  Laporan kononnya empat warga Malaysia menjadi mangsa penculikan terbaru oleh kumpulan pengganas di selatan Filipina hari ini hanya khabar angin, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihak berkuasa Filipina juga tidak menerima maklumat berhubung kejadian culik seperti yang dilaporkan media negara itu.

"Ia hanyalah khabar angin sahaja dan polis juga tidak menerima apa-apa maklumat berhubung laporan itu buat masa ini," katanya kepada Bernama.

Sebuah laporan berita Filipina memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, S/Supt Joselito Salido sebagai berkata sekumpulan suspek tidak dikenali didakwa membawa tebusan rakyat Malaysia itu ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Terdahulu, Khalid dilaporkan berkata pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina mengenai laporan media negara itu.- BERNAMA

Comments

Popular Posts