Followers

4 RAKYAT MALAYSIA DICULIK DI PERAIRAN SABAH DIBEBASKAN


KUALA LUMPUR:  Empat rakyat Malaysia yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Semporna, Sabah berhampiran Pulau Ligitan pada 1 April, telah dibebaskan, lapor The Star Online pada Rabu.

Menurut laporan tersebut, keempat-empat kelasi dari Sarawak itu dibebaskan oleh kumpulan Abu Sayyaf dan telah kembali ke Sandakan, Sabah, awal hari ini.

Memetik laporan dari Jolo, dipercayai bahawa perunding Malaysia dan Filipina berjaya mendapatkan pembebasan empat individu tersebut selepas beberapa siri rundingan.

Astro AWANI kini sedang cuba menghubungi Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun bagi mendapatkan pengesahan.

Keempat-empat lelaki berumur 21 hingga 34 tahun itu bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama 'Masfive 6' dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.

Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.- ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment