Followers

KENYATAAN MEDIA UNTUK TEGAH TUDUHAN TIDAK BENAR TWRHADAP PERDANA MENTERI


KUALA LUMPUR:  Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad menegaskan beliau mengeluarkan empat kenyataan akhbar untuk menjelaskan dan menegah tuduhan-tuduhan yang tidak benar terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Katanya berkata beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab berat dan besar untuk membela dan menegah tuduhan-tuduhan tidak benar itu agar masyarakat mendapat gambaran dan fakta sebenar yang telah dikelirukan dengan sengaja oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan politik tertentu.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 14 Jun melalui Tetuan Jahaberdeen & Co, katanya beliau tidak pernah berniat jahat atau 'malice' dalam menerbitkan kenyataan-kenyataan media itu tetapi ia diterbitkan untuk pengetahuan dan kepentingan rakyat Malaysia.

Tengku Sharifuddin, 54, berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya terhadap saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, 51, terhadapnya pada 3 Mei lepas dengan mendakwa defendan  mengeluarkan empat kenyataan fitnah pada 15, 20, 23 dan 26 April lepas.

Dalam pernyataan pembelaannya itu, defendan juga menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab untuk memberi pencerahan kepada rakyat berkaitan kenyataan politik oleh pihak tertentu apabila kenyataan itu adalah palsu dan tindakan-tindakan politik yang mempunyai agenda jahat bertujuan menggugat perjalanan sebuah kerajaan.

Pada ketika itu, katanya ada isu-isu dan tuduhan-tuduhan yang tidak baik bermotifkan politik untuk mengganggu tugas dan kedudukan Perdana Menteri dan beliau selaku Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri telah mengambil tindakan yang betul dan tepat mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan bagi pihak Perdana Menteri.

Tengku Sharifuddin berkata kenyataan-kenyataan media itu adalah komen-komen adil dan berpatutan berdasarkan fakta-fakta, isu-isu dan perkara yang telah timbul dan hangat dibincangkan pada masa itu.

Oleh itu, katanya adalah berpatutan dan munasabah beliau yang berjawatan itu memberi komen-komen adil dan berpatutan berdasarkan fakta-fakta sedia ada pada ketika itu.

Tengku Sharifuddin berkata kesemua kenyataan media itu diterbitkan dalam kapasiti rasmi dan umum defendan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri dan diterbitkan di saluran media rasmi pejabat Perdana Menteri termasuk di halaman Facebook rasmi "PMO Malaysia" iaitu Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

"Hal ini adalah terbukti bahawa kenyataan-kenyataan media tersebut bukanlah pengataan-pengataan peribadi daripada defendan," katanya.

Beliau berkata kenyataan-kenyataan media itu jika dibaca secara keseluruhan atau berasingan dalam maksud biasa dan lazim tidak langsung mempunyai unsur fitnah kepada plaintif.

Katanya sebagai penjawat awam dan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, beliau mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk memberi penjelasan dan kenyataan terhadap situasi politik di negara ini dan beliau juga dipertanggungjawab untuk bertindak serta memberi kenyataan kepada perkembangan politik di negara ini.

Dalam pernyataan pembelaan itu, Tengku Sharifuddin memohon kepada mahkamah supaya tuntutan saman Mukhriz itu ditolak dengan kos.

Peguam mewakili defendan, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos semasa dihubungi berkata beliau akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan saman itu menyalahgunakan proses mahkamah atas alasan politik.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment