#PAU2014 : AKTA HASUTAN KEKAL, DIPERKUKUHKAN LAGI - NAJIB


KUALA LUMPUR:  Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akan terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 seiring dengan desakan tiga sayap parti itu dalam persidangan mereka semalam.

Najib berkata, bukan hanya akta tersebut dikekalkan malah dua peruntukan khas akan dimasukkan supaya ia lebih berkesan.

"Kita akan masukkan peruntukan khas, pertama kita mahu memastikan akta ini dapat melindungi kesucian agama Islam bahkan agama lain juga tidak boleh dihina.

"Kedua, kita akan masukkan supaya tindakan boleh diambil atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNOke-68, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Astro Awani

Comments

Popular Posts