Followers

KATA TUN M : BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN JADI PEMIMPIN JIKA GAGAL


Part ni LADY setuju sangat. LADY harap jangan pula ada melenting, mengamuk kenyataan ini. Kalau nak menang kenalah berkorban. Takkan nak akar umbi bekorban tetapi ada yang tetap menerima pengorbanan orang lain dan sendiri enggan melakukan perkara yang sama. 

LADY masih ingat kata-kata " BERUBAH ATAU REBAH"  mun faham.. bisai lai!!!

Sila baca ni ya :

KUALA LUMPUR:  Beri peluang kepada orang lain memimpin jika seseorang pemimpin itu gagal menguruskan sesuatu hal, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, jika sesuatu perkara gagal dijayakan dengan sempurna, seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan menyerahkan tugasnya kepada orang lain yang difikirkan layak.

"Saya percaya bila kita dah lama dan kita tak berjaya, bagilah kepada orang lain. Saya sendiri pun berhenti sebab nak bagi tempat kepada orang lain.

"Kalau tak boleh nak jayakan usaha kita, kita serah kepada orang lain dan kita sokong orang lain.
"Itulah cara-cara kita nak jadi pemimpin," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 di sini, hari ini.

Dr Mahathir mengulas mengenai kritikan beliau sebelum ini mengenai kepimpinan Umno Selangor yang perlu berundur.

Menurut beliau Umno Selangor perlu menerima hakikat mereka perlu berundur selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13. - BERNAMA 11/11/2014

Ps: terima kritikan membina. Jangan dianggap orang mengkritik hanya untuk mengutuk dan memusnah! 

No comments:

Post a Comment