BUAT #FAHMI ZAINOL : ANTARA SYOK SENDIRI DAN KECELARUAN MENTALITI


 
LADY tertarik dan tabik pada entri yang dibuat oleh My Pensyarah Rem Dambul dalam ulasannya terhadap kenyataan Fahmi Zainol di facebooknya. 
 
Agaknya Fahmi terlalu sibuk membuat laporan ke Balai Polis atas tuduhannya dan konon mengatakan ada bukti atas tuduhannya ke atas pemilihan MPP UMS baru-baru ini. So .. pada rakan taulan Fahmi, sila sampaikan artikel ini untuk dibaca ya:
Rem Dambul
 
I
Sebagai mantan aktivis dan pemimpin varsiti, saya sangat terbuka dalam soal mahasiswa dan idealisme. Cari dan susurlah apa juga jalan perjuangan yang kita percaya dan gemari. Kerana matlamat teratas pendidikan adalah memberi manusia kemerdekaan diri. Ya, membebaskan kita dari kongkongan.
 
Tapi jangan lupa: kongkongan datang dalam pelbagai bentuk. Kemerdekaan diri boleh direncat dengan bermacam cara. Hanya kerana kita menempik kepada dunia dengan seribu slogan emansipasi: itu tidak memberi kita merit mutlak sebagai pejuang kebebasan. 
 
Saya ada masalah dengan entri Fahmi Zainol yang dipetik daripada wall FB rasmi dia. Nota: Ini kenyataan dia sendiri yang sebenar-benarnya, bukan diambil daripada akaun palsu yang disebar oleh fitnah. 
 
II
Pertama, saya mahu menyoal: siapa yang memberi mandat kepada Fahmi Zainol untuk berjuang bagi pihak mahsiswa UMS? Dia diangkat oleh pelajar UM untuk mewakili suara mereka dalam isu-isu bersabit kampus di Lembah Pantai, yang terletak di depan matanya sendiri. Bukan menyibuk di kampus Teluk Sepanggar, yang terletak ribuan batu di seberang lautan.
 
Itu isu pertama saya, perihal kecelaruan mandat. Ketidakfahaman dia pada skop amanah dan tanggungjawab sendiri. Soal prioriti yang dipinggirkan. Tahukah Fahmi Zainol berapa ramai pelajar OKU di Kolej Kediaman Za'ba dan apakah bantuan yang mereka perlukan? Pernahkah Fahmi Zainol ambil tahu sama ada bilangan bilik karel di perpustakaan UM masih cukup untuk pelajar cacat penglihatan? Apakah pelan strategi MPP UM di bawah pimpinannya untuk membela komuniti mahasiswa yang paling marginalised di UM ini?
 
Kedua, Fahmi Zainol kata: "Tembok dan pagar pembodohan Universiti Malaysia Sabah perlu dirobohkan". Kegampangan ini dia ambil daripada mana? Hak untuk mendefinisikan masalah dan isu; itu adalah milik mutlak komuniti lokal sesuatu tempat. Tembok dan pagar memberi makna berbeza kepada komuniti berbeza. Mungkin pada setengah orang, itu melambangkan halangan dan pembodohan. Tapi bagi orang lain pula, itu mungkin memberi keselamatan dan perlindungan.
 
Kata kuncinya di sini: hormati konteks komuniti yang berlainan. Jangan anggap kita saja yang pintar berfikir; sedang orang lain semua platipus yang tidak berakal. Sebab mentaliti begini yang sebenarnya jadi tembok pembodohan paling agung yang menggelapkan tamadun berfikir mahasiswa. Saling prejudis kerana perbezaan anutan dogma. Oh, aku saja yang bitara. Orang lain semua lembu.
 
III
UMS mempunyai komuniti mahasiswanya sendiri; dan telah mengangkat pemimpin pilihan mereka secara demokrasi. Kerana mereka percaya: itulah pimpinan yang mewakili suara majoriti.
 
Tidak ada yang lebih memahami jerih kampus ini melainkan mahasiswa UMS sendiri. Atas dasar dan justifikasi apa yang membolehkan Fahmi Zainol menobatkan diri sebagai pencerap isu yang lebih tepat di bumi orang, lantas layak mengusulkan cadangan "merobohkan" sistem yang sedang beroperasi dan dinikmati? Sedangkan dia tidak pernah tinggal lebih daripada 15 hari di kampus UMS sepanjang hayatnya.
 
Sekadar mendengar rintihan-rintihan dari jauh; badak sumbu di Sumatera pun ada ketikanya turut mendengar berita dari sini yang berpuput dibawa monsun timur laut; dan babi dahak di Taiwan juga merasakan desah perkhabaran itu yang dibawa tiupan monsun barat daya. Persoalannya: adakah itu memberi binatang-binatang ini hak dan merit untuk merasai secara fizikal dan akliah isu-isu lokal yang benar-benar mendasar di situ?
 
Ok, saya akui analogi itu sangat hiperbola dan bombastik. Abaikan. Tapi poin saya jelas, iaitu: dengan kesibukan Fahmi Zainol membahagi masa antara pelajaran dan tugas sebagai pemimpin sebuah universiti lain yang turut dibelenggu pelbagai isu mahasiswa yang lebih kompleks; serta wujudnya jurang konteks yang sangat berbeza di antara UM dan UMS: adalah mustahil dia boleh menyelami kebenaran yang tersurat dan tersirat di sini. Jangan kata 70%; mungkin 8.7% pun tidak mampu.
 
Persoalan seterusnya: dengan realiti begitu, di mana maruah dan kredibiliti Fahmi Zainol mahu mengajak komuniti yang tidak dikenalinya 'merobohkan' itu dan ini? Yang lebih perlu adalah untuk dia merobohkan prejudis dan sikap "aku-dari-UM-universiti-perdana-maka-aku-ini-lebih-pandai-dari-seluruh-komuniti-UMS" dalam dirinya sendiri. Mari saya turunkan wahyu untuk dia: bagi engkau universiti engkau, bagi mereka universiti mereka.
 
IV
Jangan pernah alpa memahami realiti sebenar idealisme kampus. Matlamat akhir bukan untuk merobah dunia atau negara; tetapi mengubah dan memperkasa diri. Universiti adalah ruang transformasi peribadi, bukan medan reformasi pertiwi. Ini tempat kita belajar menelan ego sendiri dan meletakkan berani pada tempatnya yang wajar.
 
Jika tidak, kita hanya akan jadi sebutir pasir pasrah di tebing laut yang panjang. Bukan ombak yang mampu mengolah lanskap pantai secara organik dan berterusan. Pendekatan populist hanya relevan pada suku pertama usia muda, ketika mana jerit-pekik masih boleh dimanipulasi sebagai suara pemberontakan generasi belia.
 
But as you get older, people would begin to expect more. Tidak lagi cukup sekadar suara anarkis yang bergempita. People want to see substances, and your effective ability to mobilise issues for real. Bukan hanya jadi pahlawan siber dan pejuang jalanan. Percaya atau tidak: sepuluh tahun daripada sekarang, majoriti mereka yang "mengadamadlikan" dirinya tidak akan meninggalkan sebarang legasi yang diingati. Kecuali hutang PTPTN yang tidak berbayar. 
 
V
Ada 28 juta pejuang di Malaysia, mewakili semua kelompok umur. Tumbuhlah secara natural mengikut usia sendiri. Jangan rampas mandat orang lain, atau peranan orang tua. Belajarlah mengutip kaca-kaca yang pecah di pantai dan sampah sarap yang menodai alam sekitar. Sebelum ghairah berlebih-lebihan (nota: kalau sekadar perlu, ok) mahu membanteras ketirisan cukai rakyat dan keborosan orang-orang kenamaan membeli cincin berlian. Hutang kau sendiri kepada negara siapa mau bayar?
 
Ingatlah, reformasi bermula dengan diri. Bukan dengan entiti lain di sekeliling. Jika kita mahu memperjuangkan kebebasan; maka berikan manusia lain kebebasan untuk memperjuangkan agenda mereka mengikut pilihan dan konteks lokal. Kerana setiap komuniti mempunyai struktur dan prioriti isu yang berbeza, serta keupayaan untuk berfikir.
 
Jangan jadi petani pandir yang menghasut kerbau membajak sawah di Gunung Ledang. Bawalah pulang kerbau itu ke tanah pamah asal-usulmu, dan bajaklah sawahmu sendiri yang sudah lama berlalang panjang.
 
Kredit for : Rem Dambol FB
 
Ps: ada rasa bangga pernah menjadi studentnya dahulu. Maaf Dr.. LADY sambung lagi pengajian tapi dah beralih pada bidang lain yang sesuai dengan tugasan LADY walau masih di bawah naungan Sains sosial juga.
 
LADY nak baca komen balas Fahmi yang dah rasa dirinya cukup bijak sehingga boleh melayakkan dirinya (perasankan diri) kata mahasiswa UMS diperbodoh!! LADY sebagai alumni UMS dan kini kembali menjadi mahasiswa terasa ditikam bertubi-tubi dengan kenyataan Fahmi yang sah belum habis belajar tapi sibuk hal luar kawasannya! Inilah namanya betapa kotornya politik oleh manusia jenis-jenis Fahmi yang gelojoh nak tonjolkan diri sehingga tidak boleh membezakan antara tanggungjawab dengan penyibuk !!!!
 
Tindakan Fahmi sanggup menyeberang lauatan china selamatan hanya mengejar kuman walhal bangkai gajah di hadapan mata ditinggalkan. Nasihat LADY, sila belajar lagi untuk jadi manusia yang betul-betul bijak dan diikhtiraf. Tak ada maknanya dik oi! Anda hanya jadi alatan untuk individu yang sedang memijak kepala anda bagi berdiri lebih tinggi dari sekarang!
 
Betullah kata pensyarah LADY tu, mahasiswa UM memberi anda amanah tetapi kenapa salah memahami makna amanah berkenaan. LADY pun nak bertanya, adakah menjadi pemimpin pelajar UM bermakna anda boleh menyibuk hal- hal bukan di bawah kawasan anda. ??? Sedangkan binatang sendiri yang tidak mempunyai akal tahu di mana kawasan naungan mereka dan menghormati kawasan yang bukan jajahan mereka!!! Dia ni pakai ilmu apa sampai mengaku dan berdabik dada kata dia mengetahui dan mempunyai bukti berlaku salah walau beribu batu jaraknya. Kalau setakat maklumat di alam maya, selagi bukan rakaman video , setakat gambar dan surat, boleh edit dan cipta perkara tiada!
 
Lagi seperkara lagi LADY nak tanya. Dia sibuk hal politik kampus, hal pengajiannya bagaimana? Adakah aktiviti dia sekarang penentu dia akan melangkah di astaka menerima segulung pengikhtirafan rasmi atas KEBIJAKSANAANNYA??? Atau ingin LADY nak ulang kata-kata my pensyarah suatu ketika dulu, "jangan ko tunjukkan darjah kelembapan kamu yang tinggi itu!" Bikin malu pelajar UM sahaja!!!
 
Sekarang ni dik oi! Orang bijak tak layan sangat orang yang hanya tahu banyak cakap. Hanya mereka yang ada kepentingan pribadi nak jahanamkan kehidupan orang lain  akan memperalatkan orang jenis macam awak Fahmi !!!. Yang bijak di kampus sibuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Tak glamour dalam aktivitipun tidak mengapa, asal bangga apabila diumumkan antara barisan pelajar cemerlang dalam akademik. Bukan macam Fahmi yang sah akan KEBELIANGAN kelak sama macam Adam adli . Orang sabah bilang "lugai-lugai melangoi "  kalau awak tak faham sila jejak maknanya ya! Kan awak orang yang mengaku bijak takkan tak faham. ?!!!!
 
Pesanan LADY sebelum berhenti.di sini. Jangan nak memandai jejak kaki di Bumi bertuah Sabah ini kalau ilmu sejengkal cuma. Takat bising di Facebook atau di kalangan pembodek anda..eloklah terus jadi HERO di sana tak payah nak tunjuk taring tak sempat tumbuh di sini!

Comments

Popular Posts