AGAMA RASMI MALAYSIA AGAMA ISLAM. ITU MUKTAMAD

Pagi ini,Pu3 terbaca artikel si bulatdusu dalam tulisan hairan daily yang menafikan Agama rasmi  Malaysia adalah islam. Dia menyatakan bahawa agama Rasmi malaysia adalah sekular. pu3 terfikir, agama baruker ini atau sekadar seperti biasanya sibulatdusun ini merapu sekali lagi. Sekular itu jenis pentadbiran kaitan ekonomi, bukan ada agama. Untuk rakan yang sering mengikuti penulisan mamat seorang itu. Pu3 hadiahkan info yang jelas menerangkan dalm perlembagaan persekutuan kaitan agama beserta penerangannya. Selamat membaca

Islam adalah Agama Persekutuan “Perkara 3 (1) – Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. (Perlembagaan Persekutuan)

Kita telah menyaksikan bahawa pada masa ini terdapat golongan yang mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perkara begini tidak sepatutnya berlaku memandangkan telah lama kita mengecapi kemerdekaan dan kontrak sosial yang dibina sebagai penguku yang menyokong kestabilan negara selama ini semenjak lebih 50 tahun dahulu tidak patut dipersoalkan. Perkara yang telah persetujui bersama oleh pengasas-pengasas dan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu tidak patut dipertikaikan lagi. Sesiapa yang berbuat demikian maka mereka tidak layak menggelar atau mengakui bahawa diri mereka adalah rakyat negara ini.

Perkara 3 :
(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan ; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
 
(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di- Pertuan Agong mewakilinya.



(3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam dalam negeri itu.

(4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu

Majlis untuk menasihatkan Yang di- Pertuan Agong mengenai perkara- perkara berhubung dengan ugama Islam.

Perkara 11 :
(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal
 
(4), mengembangkan ugamanya.
 
(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.



(3) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak :- (a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri. (b) Menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan
 
(c)Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Perkara 12 :
(1) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi- institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

(2) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa- apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.



(3) Bagi maksud Fasal (3), ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. Merujuk kepada apa yang termaktub di atas, kepercayaan kepada agama adalah satu perkara yang paling asas dalam kehidupan. Kepentingan agama ialah dapat memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan

bermoral. Bagaimanapun penerapan nilai agama dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia adalah satu yang amat mencabar. Peruntukan Perlembagaan yang memberikan perhatian seimbang kepada semua agama serta sokongan adil yang diberikan oleh kerajaan untuk mewujudkan keyakinan rakyat bagi mengamalkan kepercayaan agama masing-masing dalam keadaan selamat. Ini akan meningkatkan toleransi dalam masyarakat Malaysia dan seterusnya berjaya memupuk perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum. Islam adalah agama persekutuan. Peruntukan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan adalah sangat jelas menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tidak akan mengancam hak bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan kepercayaan beragama secara bebas di Malaysia. Selain itu dinyatakan di dalam perlembagaan bahawa pihak berkuasa boleh menggunakan wang awam yang dipungut melalui cukai untuk tujuan-tujuan agama Islam. Ini menunjukkan bahawa Islam diberikan kedudukan yang lebih istimewa berbanding agama lain sepertimana yang dilihat semenjak daripada dahulu lagi berdasarkan bukti-bukti yang terdapat dari sejarah negara ini.
 
Dalam Perkara 11 di atas, ia mengandungi peruntukan utama mengenai hak kebebasan beragama yang merangkumi segala hak yang meliputi aspek-aspek menganut, mengamal dan mengembangkan agama-agama lain yang terdapat di negara ini. Bagaimanapun hak mengembangkan agama tertakluk kepada peruntukan bahawa pengembangan agama-agama lain tertakluk kepada sekatan undang-undang. Sekatan ini termasuklah larangan mengembangkan ajaran agama lain selain Islam kepada penganut Islam. Undang-undang yang menyekat penyebaran agama lain dikalangan orang Islam masih belum ada di negeri Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Keperluan kepada undang- undang ini ialah untuk melindungi orang Islam daripada dipengaruhi kepercayaan lain. Seperti yang disebutkan, peruntukkan ini menunjukkan kelebihan yang diberikan kepada Agama Islam. Keistimewaan ini sebenarnya berkait rapat dengan sejarah dan latar belakang negara. Walaupun terdapat perbahasan bahawa ianya tidak mengikuti prinsip kesamarataan, tetapi kesedaran bahawa orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu telah diberikan hak-hak yang kebanyakkannya berpandukan kepada sejarah negara. Khususnya melibatkan tolak ansur semasa rundingan kemerdekaan pada 1956-1957. Ajaran Islam menjelaskan bahawa hak kebebasan agama dimaksudkan disini adalah Islam tidak memaksa orang bukan Islam menerima Islam. Namun di negara kita kebebasan beragama ini boleh disekat melalui undang-undang. Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama yang lain daripada Islam di kalangan umat Islam. Selain itu perlembagaan juga menyebut bahawa kebebasan agama tidak boleh digunakan untuk menyalahi undang-undang awam mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlakPerlembagaan menyatakan bahawa kebebasan beragama adalah salah satu hak yang dijamin di bawah bab mengenai kebebasan asasi. Kedudukan ini termasuk dalam hak-hak lain di bawah bab mengenai kebebasan asasi di dalam perlembagaan yang tidak boleh digantung atau dinafikan oleh undang-undang yang diluluskan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
 
Perbincangan berkaitan Agama dan Perlembagaan ini perlu diteliti dari segi sejarahnya. Kedatangan Islam ke negara kita telah lama berlaku sejak zaman dahulu lagi. Manakala semasa penggubalan Perlembagaan yang di lakukan oleh Suruhanjaya Reid turut mengambil kira berkaitan dengan agama sebagai salah satu tonggak bagi membentuk perlembagaan negara ini. Mahkamah dan keputusan berkaitan dengannya juga turut mempengaruhi bagaimana penaksiran berkaitan kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan. Setiap kes yang di bawa dan di berikan keputusan oleh mahkamah mempengaruhi pandangan terhadap kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan negara.
 
Secara kesimpulannya, kefahaman berkaitan dengan perlembagaan adalah penting. Masyarakat tidak faham apabila mereka tidak mengetahui perkara yang sebenarnya ditafsirkan oleh perlembagaan. Agama Islam adalah bersifat terbuka dan universal, bukan hanya untuk sesuatu kaum sahaja. Sebaliknya untuk semua umat manusia. Oleh itu pendidikan berkaitan Perlembagaan negara perlu ditekankan kepada semua lapisan masyarakat. Dengan cara ini dapat membentuk masyarakat yang mengetahui hak dan keperluan sebagai warganegara dan juga hak negara terhadap individu yang menjadi warganegaranya.


Nota: sebagai renungan. jangan sekali-kali menyentuh perihak agama Islam. ia adalah yang telah termaktub.

Comments

Popular Posts