KERUSI NAN DIREBUT DALAM PKR SABAH
Pu3 membaca komen seorang rakan facebook Pu3 dengan megah mengatakan pada statusnya PKR di sabah telah membuka mata dan minda pengundi Sabah untuk memenangkan PR pada PRU ke-13 nanti. Catatan 10 perkara sdalam tempoh 100 hari selepas PR memerintah Sabah sebagai asset memenangkan hati rakyat Sabah kononya. WOOOOW! Baru-baru ini, Pu3 berbual dengan kawan pu3 yang kebetulan mempunyai keluarga turut serta PKR ini. Bukanlah pengikut taksub tetapi berpeluang juga menghadiri ke Konvensyen PKR yang berlangsung di Papar baru-baru ini. Apa yang digambarkan melalui status rakan Facebook itu sangat berbeza! Sepanjang perjalanan konvensyen tersebut, keadaan dewan di mana konvensyen berlangsung umpama pergaduhan antara peserta dengan panel. Sangat kasar. Malahan dalam sesi soalan yang dibuat, peserta memiliki kecenderungan untuk mengkritik dan mengaibkan ahli PKR yang sama kawasan kerna berebut peluang untuk dijadikan calon PKR PRU akan datang. FUHYOOOOO! Siapa Ramli dan siapa Taufiq? Keduanya dinyatakan antara calon PKR yang bakal diletak di kawasan DUN Klias. Semasa sesi tersebut , keduanya antara yang berapi-api menghentam antara satu sama lain. Persoalannya, jika sepanjang konvensyen itu berlangsung berlaku pergaduhan hanya kedudukan untuk menjadi calon PRU akan datang. Bila masa mereka memutuskan resolusi 100 hari selepas PR memerintah Sabah? Jawapan jelas.. perkara 10 tersebut bukanlah ditentukan oleh peserta atau diputuskan oleh mereka, tetapi ia adalah telah dibuat, hanya disytiharkan sahaja. Master mindnya tak perlulah Pu3 katakan, rakan-rakan pasti tau siapa... Pu3 akan dapatkan lagi maklumat ini. ZASSSSSSS!!!! Bongkar!
Comments
Post a Comment