TERIMA KASIH YAB DTK SERI MUSA AMAN


Terkejut Pu3 apabila menerima mesej dari seorang pelajar di Mesir. Tak perlulah Pu3 ceritakan apakah mesej tersebut. Ianya bukan mesej melibatkan ancaman atau desas desus berlaku sesuatu yang buruk terhadap pelajar Sabah yang belajar di sana. Cuma ingin Pu3 katakan.. ia buat Pu3 terkilan sangat dengan sesuatu.. sebagai anak sabah, apa yang dialami sepatutnya tidak berlaku. Cukup Pu3 kata, sangat tidak adil! Pu3 rasakan hal ini perlu disampaikan kepengetahuan kepimpinan Sabah. Pu3 telah sebarkan mesej itu ke dalam group BBM UMNO/BN Sabah pu3 dan beberapa kepimpinan Sabah .


Alhamdulillah. Tindakan seorang pemimpin Sabah Ketua UMNO Bahagian Ranau, YB Datuk Masidi telah memberi respond yang cukup melegakan hati pu3 apabila bertindak mengemukakan hal tersebut kepada Ketua menteri Sabah. Bunyi mesej dari Datuk Masidi dalam kumpulan kami seperti berikut:


“TERBARU: Kerajaan Negeri (Sabah) sedang berusaha mendapatkan kapal terbang untuk sewa-khas bagi membawa keluar pelajar2 Sabah di Mesir untuk terus diterbangkan ke Kota Kinabalu. YAB KM baru sahaja meminta saya membantu menghubungi mana2 syrkt penerbangan utk mendapatkan pesawat. Doakan agar Allah melancarkan semua urusan”- Pu3 tak ubah langsung mesej ini. Walau pertukaran ejaan (mesej pelajar dan mesej Dtk Pu3 simpan sebagai bukti)


Mesej inilah juga pu3 panjangkan semula kepada adik pelajar mesir tersebut. Alhamdulillah, sememangnya maklumat itu melegakan perasaan pu3 dan adik tersebut. Pu3 berharap ibubapa pelajar sabah yang risaukan perkembangan anak-anak mereka, Insyallah kerajaan negeri Sabah sedang berusaha membawa kembali mereka.


Pu3 secara peribadi mengucapakn terima kasih tidak terhingga kepada YAB Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri sabah merangkap Pengerusi perhubungan UMNO Sabah dan juga YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Perlancongan Negeri Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Ranau. Oh ya.. terima kasih abg Sh. Sahar Ketua Pemuda Kudat yang juga memberi galakan. Alhamdulillah.

Comments

Popular Posts