LAMPU ISYARAT SIMPANG BENONI
Sejak berfungsi 19.02.2010. berulang alih pu3 melalui jalan ini untuk ke kota kinabalu. Dua warna je yang berfungsi. Kuning dan merah. Isyaratnya mudah difahami, jika berlaku lampu kuning klip-kelip pada lampu lebih kurang 10 meter dr lampu isyarat utama bererti lampu merah pada lampu isyarat trafik utama. Lampu kelip-kelip kuning pada lampu isyrat trafik utama mewakili lampu hijau. Done. Itu pu3 sangat faham walaupun pada peringkat awal blurrrr juga
Masalah yang pu3 sentuh ini berkenaan. Apabila kenderaan dari arah Beaufort hendak masuk ke jalan Benoni. Walhal lampu isyarat trafik hanya menunjukkan jalan ke hadapan. Utk kedua-dua arah. Bayangkan jika kenderaan hadapan hendak belok masuk ke jalan Benoni.. ruang yang sangat kecil sukar utk dilalui oleh kenderaan di belakang. Demikian juga sebaliknya kenderaan yang dari kota kinabalu yang berhasrat masuk ke sebelah kanan di simpang trafik Benoni. ....... hmmmm.. Pu3 bukan pakar bahagian mengiraan jalanraya tetapi pu3 menilai sebagai pengguna jalanraya yang sentiasa melalui jalan ini dan kerap menghadapi masalah apabila di hadapan kenderaan Pu3 kenderaan yang hendak membelok masuk arah bertentangan arah jalan. Kasihan mereka sebab mereka sememangnya sukar mendapat ruang untuk masuk arah bertentangan ini.
Kalau itu mengelak kesesakan jalan raya Pu3 tidak menilai ia adalah pilihan terbaik. Kenapa tidak dibuat Round about juga? Pu3 rasakan hal ini perlu diambil pertimbangan dan perkiraan semula. Lakukan terbaik.. jangan sehingga berlaku pelanggaran kedua belah arah hanya kerana kenderaan hendak membelok.
Cadangan Pu3:
1.Tambah 1 lagi lampu isyarat membelok ke kanan dari kota kinabalu dan dari beaufort.
2. buat roundabout je, taklah pening bil elektrik dikenakan kawsan tersebut! heheheheheheheheheh...
Comments
Post a Comment