NILAI PERSAHABATAN


Bagaimana perasaan rakan jika salah seorang dari ahli keluarga rakan dianaktirikan, disisihkan atau diabaikan? Bagaimana perasaan rakan jika rakan sendiri tidak diutamakan? Sudah pasti ada perasaan terkilan, marah dan mahu rasa mngamukpun mesti adakan.

Pu3 sengaja mencoret hal ini sebagai renungan diri Pu3 sendiri dann diabadikan untuk pengajaran buat rakan-rakan juga. Bukan dialami oleh Pu3 tetapi Pu3 letak mereka sebagai sahabat-sahabat yang perlukan dokongan serta sokongan. Situasi yang menakutkan, berharap dengan bantuan, senangkan yang lain memperolehi apa yang sepatutnya, tetapi boleh pula mereka-mereka ini diketepikan. Peringatan buat yang diamanahkan untuk berlaku adil. Jangan lupa anda bertanggungjawab di akhirat terhadap tindakan ini.

Perkongsian yang ingin Pu3 kongsikan. Ketika senang, selesa, sahabat atau orang yang berada di sekeliling kita akan sentiasa berada di sisi, bersama-sama. Kiuta tidak mampu menilai sifat sebenar mereka, kerana mereka mampu berlakon dengan begitu baik. Sifat tersembunyi akan terserlah apabila berada dalam saat-saat genting, mereka akan menjadi orang yang sangat tidak dikenali dan mungkin terdetik dalam diri kita, menyesali kenapa boleh mengenali mereka. Apapun, Pu3 mengharap, apa yang berlaku itu sebagai pengajaran dan pengalaman. Semoga sahabat-sahabat pu3 diberi kekuatan yang tinggi menghadapinya

Salam dan doa dari Pu3 buat sahabat yang mengalaminya. Kuatkan semangat menempuhi dugaan ini. Sayang dari Pu3

Comments

Popular Posts