MENJELANG HARI VALENTINE


Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.


Hari istimewa ini paling rapat dikaitkan dengan pertukaran surat cinta dalam bentuk "valentine." Lambang-lambang Valentine moden termasuk garis berbentuk hati dan potret Cupid bersayap. Sejak abad ke-19, surat-surat bertulus telah banyak memberi laluan kepada kad ucapan keluaran besar-besaran. Perdagangan Hari Valentine pertengahan abad ke-19 merupakan petanda akan datangnya pengkomersialan perayaan di Amerika Syarikat.Persatuan kad Ucapan A.S. menganggarkan bahawa kira-kira sebilion kad Valentine dikirim di merata dunia setiap tahun, menjadikan Hari Valentine perayaan yang kedua paling banyak pengiriman kad mengekori Krismas. Persautan ini menganggarkan bahawa kira-kira 85% semua kad Valentine dibeli oleh kaum wanita.


Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.


Faktor lain
Jika pada pertengahan dekad 1990-an sambutan perayaan berskala seni ini bertembung dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri maka tahun 2010 menyaksikan perayaan ini tergugat dengan sambutan Tahun Baru Cina yang adakalanya jatuh pada bulan Februari sehingga memaksa masyarakat Cina menyambut perayaan berskala besar tersebut sebagai ganti Hari Valentine.


Menjelang Piala Dunia
Setiap kali menghadapi Piala Dunia yang bakal berlangsung kelak, tentu ramai yang malas hendak membeli barangan hadiah perayaan berskala seni ini, lebih-lebih lagi hendak membeli majalah khas Piala Dunia dan jadual perlawanan Piala Dunia, kerana ia dikhuatiri akan membawa kepada pembaziran wang kerana sambutan Hari Valentine ini.


p/s:..., hmmmmm.. inilah yang Pu3 perolehi... so fikir2kan .. Pu3 tak suka ada pengurangan atau penambahan bahan menceritakan sesuatu yang menambah burukkan keadaan. Jika menidakpun hari Valentine ini, jangan sehingga merenggang hubungan berbeza agama. Jika kita ingin agama dihormati, kita kena juga hormati pilihan orang lain. Kecuali individu tersebut memburuk-burukkan agama Islam. Yang itu.. balun jeler orang macam itu!!!!!!

Comments

Popular Posts