KES ANWAR: ANDA WAJIB TAHU


Fakta Kes RASUAH Anwar Ibrahim - 1998

1. Fakta Kes

Lima tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya : Datuk Abdul Gani Patail
Peguam Negara : Tan Sri Mokhtar Abdullah

Tuduhan di bawah Seksyen 418A (1) Kanun Prosedur Jenayah

Peguam Anwar : Tujuh peguam kanan terdiri daripada dua bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse dan Zainur Zakaria bersama Christopher Fernando,Sulaiman Abdullah, Gurbachan Singh, Pawancheek Marican dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Pendakwaraya : Pihak pendakwa diwakili oleh Abdul Gani bersama Timbalan-Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad dan Mohd. Yusof Zainal Abiden serta Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Augustin.
  
2. Pertuduhan
  
Pertuduhan RASUAH

1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan

b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegali Rasuab tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menten Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".


4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".


HUKUMAN

Mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Pindaan telah dibuat oleh pihak Pendakwa pada 13 Jan 1999

1. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

2. "Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan, dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

3. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan kesalahan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas, dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu, bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;


4. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47 Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu, Mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu sendiri di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

HUKUMAN

Mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

3. Keputusan dan Hukuman

KES RASUAH

Mahkamah Tinggi ,14 April 1999, Hakim Datuk S. Augustine Paul

Hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999 selepas mendapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap tuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini.

Alasan Penghakiman

Hakim Augustine membaca secara ringkas penghakiman bertulis setebal 391 muka surat pada pukul 9.23 pagi pada penghujung perbicaraan Anwar yang masuk hari ke-78 hari ini.

''Setelah menimbangkan dengan amat teliti, maka kini tibalah peringkat penghakiman perbicaraan ini,'' kata beliau.

Hakim Augustine berkata, pada dasarnya, beliau membaca semua pertuduhan dan dalam penghakiman itu menjelaskan mengapa beliau meminda tuduhan terhadap Anwar.

''Saya juga jelaskan dalam penghakiman mengapa saya membuat pindaan dan mengapa saya menggugurkan sesetengah keterangan dan ini saya berikan garis kasarnya kepada pihak berkenaan,'' kata beliau.

Beliau berkata, persoalan yang ditimbulkan terhadap bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd. Said Awang sama ada beliau bersubahat dengan bekas timbalannya, Datuk Amir Junus, juga diteliti.

Hakim Augustine: ''Saya meneliti keterangan pembelaan dan menjelaskan mengapa saya mengetepikan konspirasi politik, butiran keterangan mengenai pita rakaman, keterangan dalam profesion guaman dan menilai laporan-laporan akhbar.

''Saya menilai laporan kedua (laporan yang didakwa mengandungi nama tokoh-tokoh politik yang ingin menjatuhkan Anwar) sebagai keterangan dengar cakap.

''Saya juga membincangkan tentang prinsip yang dikendalikan oleh pembelaan yang mempertikaikan kredibiliti saksi-saksi pendakwa.

''Perkara yang utama adalah sama ada pendakwa membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.

''Ini adalah pertimbangan pendapat saya selepas meneliti dengan cermat undang-undang dan fakta asas keseluruhannya bahawa pendakwa membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.''

Keputusan Rayuan di Mahkamah Persekutuan , 10 Julai 2002

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah menyalah guna kuasa.


Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah mengumumkan keputusan itu secara lisan kira-kira pukul 10 pagi ini. Keputusan penuh dibuat secara bertulis setebal lebih 60 muka surat yang turut mengandungi alasan-alasan penghakiman.

Dzaiddin yang mengetuai sidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Haidar Mohd. Noor mencapai sebulat suara memutuskan menolak rayuan tersebut dan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 14 April 1999.

Dalam penghakimannya, Dzaiddin berkata, mahkamah turut menimbang isu penting yang dalam rayuan tersebut.

Katanya, perkara yang dibangkitkan sama ada hukuman penjara enam tahun yang dikenakan bagi setiap kesalahan dalam empat pertuduhan berjalan serentak berkuat kuasa pada tarikh sabitan dianggap terlalu berat.

Menurut Dzaiddin, hakim bicara telah memberikan alasannya berhubung hukuman yang dijatuhkan dan juga alasan beliau tidak mengenakan hukuman itu mulai dari tarikh ditangkap.
``Ia adalah jelas bahawa hakim bicara menggunakan pertimbangan dengan budi bicara mengikut Seksyen 282(d) Kanun Prosedur Jenayah,''
Dzaiddin menegaskan bahawa selepas mahkamah menimbangkan alasan-alasan hakim bicara ia mendapati hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan bermula dari tarikh sabitan kesalahan bukanlah suatu kesilapan dalam prinsip undang-undang.
``Oleh demikian, kami tidak ada sebab untuk campur tangan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi,''
- Semoga fakta yang diberikan ini dapat menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi menjadi Perdana Menteri. Korup dan Nepotisme adalah hidup Anwar Ibrahim.
Sumber : rakan blogger

Comments

Popular Posts