127 MANGSA NAHAS TELAH DIKENALPASTI


THE HAGUE:  Pakar forensik Belanda mengenal pasti seramai 127 mangsa nahas pesawat MH17 dengan 20 nama baru diumumkan kepada waris pada Khamis, menurut stesen penyiar nasional di sana.

"Daripada 20 mangsa tersebut, seramai 15 adalah warga Belanda. Kewarganegaraan mayat-mayat lain tidak diumumkan," menurut NOS di laman webnya.

Pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia itu ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia pada 17 Julai lalu mengakibatkan seramai 298 terbunuh. 193 daripadanya merupakan warga Belanda.

Operasi mencari mayat dihentikan minggu lalu kerana pertelagahan yang semakin memuncak antara Kiev dan puak pemisah pro-Rusia.

Pada Isnin, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan rakan sejawatnya dari Belanda Mark Rutte berikrar untuk mendapatkan keadilan sewajarnya buat mangsa nahas pesawat tersebut.

Seramai 38 penumpang terdiri daripada warga Australia.

Sementara itu di Kuala Lumpur, kerajaan telah mengumumkan hari Jumaat 22 Ogos sebagai Hari Berkabung Negara.

Mayat mangsa warga Malaysia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi Jumaat depan. -APF

Comments

  1. Woah! I'm really loving the template/theme of this site.
    It's simple, yet effective. A lot of times it's tough to get that "perfect balance" between usability and visual appearance.
    I must say that you've done a awesome job with this.

    Additionally, the blog loads very fast for me on Internet explorer.
    Excellent Blog!

    Also visit my web site; fake tans

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts