SABU KATA UMNO MENINDAS PAS??????


Kasihanyaaaaaa.... baru mukadimah dah kena warning?????? Tulah nak sangat berganding dengan DAP. Sanggup mengkafirkan UMNO pula! LADY tak tau mana tindakan UMNO dikatakan menindas PAS ni. Tapi baca dulu artikel di bawah ini.

PAS KENA TUTUP MULUT , MEDIA DIPERSALAHKAN KERAJAAN DAP

PULAU PINANG 20 Nov. - Pas seolah-olah diarah tutup mulut berhubung kemelut yang sedang melanda parti itu dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, dalam perbincangan dengan kepimpinan tertinggi pembangkang Pulau Pinang hari ini, semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut secara dalaman dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar.

Seperti lazim, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyalahkan pihak media yang didakwa memanipulasi serta memutar belit kenyataan yang dibuat Badan Perhubungan Pas negeri semalam.

"Semua setuju berbincang. Perselisihan pendapat itu perkara biasa dan kami memberi ruang untuk menyuarakan pandangan berlainan tapi ada kalanya kenyataan itu menjadi mangsa manipulasi jahat pihak media," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Yang turut hadir ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Dalam sidang akhbar tersebut, pihak media tidak berpeluang mengemukakan soalan apabila Guan Eng terus beredar atas alasan perlu menghadiri mesyuarat.

Semalam Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang secara terbuka mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Ancaman itu dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff selepas beberapa surat yang dihantar kepada kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mendapat jawapan.

Tuntutan-tuntutan itu ialah tiada campur tangan dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), bilangan ahli dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi kuota Pas ditambah, kuasa penuh untuk melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditandingi Pas serta kuota ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.

Sementara itu, Mohd. Salleh seolah-olah cuba menjaga hati sekutunya, iaitu DAP apabila menyangkal dakwaan berlaku campur tangan DAP dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Menurut beliau, pihaknya akan mengkaji secara teknikal dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap pihak media terbabit jika tiada sebarang permohonan maaf diterima.

Sumber: mypenangonline blog

Buka mulut diwarning. Tuntut hak dimarahi. Itu namanya keadilan dalam PR ker? Peliknya kenapa Mat Sabu pula dalam kempennya di muktamar PAS menuduh UMNO menindas PAS.? Adakah keadaan PAS dalam PR umpama melukut di tepi gantang itu tanda DAP mahupun PKR sangat MENCINTAI PAS???????

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli-ahli Dewan Pemuda PAS supaya berhati-hati dengan mainan seteru mereka terutama UMNO.

Mohamad berkata UMNO sentiasa menghulur tangan untuk bekerjasama dengan PAS bila parti itu berada dalam keadaan lemah.

"Jangan mudah tergoda dengan senyuman UMNO kerana senyuman itu senyuman beracun. Kalau UMNO lambai tangan kita pukul tangan dia (UMNO).

"UMNO bila dia lemah di ajak kita bekerjasama tetapi bila mereka kuat mereka tindas PAS sekuat hati tanpa belas kasihan," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-54 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi. - Astro Awani
Apa yang Mat Sabu katakan tu sebagai penzahiran pujaannya ke atas DAP dan PKR. Orang macam inikah wajar diangkat oleh perwakilan muktamar untuk diletakkan semula kenjawatannya. Betulkah dia ini mempunyai KEBOLEHAN mengangkat PAS agar digeruni oleh parti politik lain.?????

Beliau (mat sabu) juga menegaskan PAS kini semakin mendapat perhatian kerana ia merupakan sebuah parti semakin digeruni. - Astro Awani

Digeruni????????????????? 'Digeruni' sangatlah tu. Baru buka mulut tuntut hak dalam PR dah kena balun! Tu digeruni sangatlah agaknya!!!!!!

Mat Sabu menyemai perasaan SYOK SENDIRI untuk memujuk perwakilan memilihnya lah tu. Mana yang jadi perwakilan... jika tidak bijak atau peka.. mudah sangatlah diperdaya dengan kata-kata Mat Sabu ini. Komunis pun diangkat jadi pahlawan oleh mat sabu.. apa pula DAP. Diangkat parti menghormati sangatlah Islam tu walaupun Karpal singh kata " langkah dulu mayat..." hahahhahhahaha

Pakcik oiiii.. bangunlah sedar sikit. Hang nak menipu tu ada dalam senarai perkara dibenarkan dalam hukum hudud PAS ker? Sebab dalam hukum Islam. Perbuatan dilarang antaranya MENIPU!

"MERUNDUMNYA PAS BUKAN KERANA DASARNYA TETAPI KERANA KEPIMPINANNYA. "

Kasihan... kasihannnn....

Comments

Popular Posts