ROKOK: KEBIASAAN MENGATASI DISIPLIN????



Ini lagi 1 topik menarik berkaitan kesihatan. MEROKOK. New York sudah mewujudkan larangan merokok untuk individu bawah umur 21 tahun. Terkejut bukan? LADY tak terkejut. Cuma kita kena fikirkan kenapa larangan itu diwujudkan. Antara alasannya adalah FAKTOR KESIHATAN.
Baca sini dulu....

Kota New York larang jualan rokok bawah umur 21 tahun
Agensi | Kemas kini: November 20, 2013


NEW YORK:  Datuk Bandar New York City, Michael Bloomberg menandatangani undang-undang melarang jualan rokok kepada mereka yang berumur di bawah 21 tahun pada Selasa dalam langkah bandar raya itu memerangi tabiat merokok.

Undang-undang yang meliputi tembakau gulung dan rokok elektronik akan berkuatkuasa dalam masa enam bulan, kata jurucakap Bloomberg.

Mulai Mei 2014, sesiapa yang mahu membeli rokok di bandar raya itu dikehendaki menunjukkan tanda pengenalan diri membuktikan mereka berumur lebih 21 tahun.

New York City adalah kota besar pertama di Amerika Syarikat yang menaikkan had umur jual beli rokok kepada 21 tahun.

Menurut Bloomberg, undang-undang itu yang diluluskan oleh ahli majlis bandar raya tersebut pada 30 Oktober lepas "akan menyekat remaja daripada berjinak-jinak dengan tembakau yang akan menyebabkan mereka ketagih."

Undang-undang baru itu mengukuhkan peraturan ketat sedia ada berhubung merokok yang kini dilarang di bar, restoran, taman, tempat awam dan pantai.

Had umur untuk membeli rokok di seluruh New York bagaimanapun kekal 18 tahun.

Cukai rokok di New York City juga merupakan yang tertinggi di Amerika Syarikat iaitu sebanyak AS$5.85 (RM18.60) yang menjadikan harga sekotak rokok lebih kurang AS$12 (RM38).

Bloomberg juga menandatangani satu undang-undang lain pada Selasa yaang menghadkan diskaun ke atas rokok menjadi harga minimumnya AS$10.50 (RM33).

Langkah tegas New York City ini menyaksikan penurunan jumlah perokok dewasa daripada 21.5 peratus pada 2002 kepada 14.8 peratus pada 2011. Bagaimanapun kadar perokok remaja kekal lebih kurang 8.5 peratus sejak 2007 dan keadaan itu mendesak kepada pengenalan undang-undang baru tersebut.

Pihak berkuasa berharap peraturan tersebut akan mengurangkan sehingga kepada 55 peratus perokok yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Kebanyakan bandar dan wilayah di Amerika Syarikat menetapkan had umur pembeli rokok pada 18 tahun walaupun sesetengah negeri telah menaikkannya kepada 19 tahun.

Sebuah bandar kecil di pinggir Boston sebelum menaikkan had umur itu kepada 21 tahun pada 2005. - Agensi

Ps: pengehadan umur. Elok. LADY tengok sekarang ni,  dewasa dan remaja sahaja sudah menunjukkan keberanian merokok kawasan larangan merokok. Agaknya sikap pentingkan diri terlalu tinggi sehingga mereka mengabaikan disiplin dan menghormati hak orang yang tidak merokok.

Mari kita mengenali bahayanya merokok. ( LADY faham ramai yang sudah tahu tapi lebih ramai buat tak tahu!!!)

Bahaya kandungan rokok

Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesihatan kita rokok dapat menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru, Penyakit saluran pernafasan kronik Strok, pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat Keguguran bayi, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi, Kerosakan mata Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa pula perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok. struktur kandungan bahaya rokok Di bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif. Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit kepala zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih banyak nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak tar 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin dalam kandungannya Keguguran janin/bayi Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi Kematian janin dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta) Berat badan berkurang – 20 hingga 30% Bahaya asap rokok terhadap bayi Masalah dan penyakit pernafasan Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan Jangkitan telinga Leukeamia Kanser otak 22% Cepat lelah Sindrom kematian secara mendadak

Kesan merokokDari segi kesihatan

Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru).

Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan.

Dari segi alam sekitar

Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran.Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbonmonoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafasdan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.

Dari segi sosial

Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.

Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu daningin mencuba yang tinggi.Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yangdilakukan oleh ibubapa mereka.

Dari segi ekonomi

Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta.Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara. - wikipedia

Menurut Doolphinlover dalam blognya: http://doolphinlover.wordpress.com
Kesan Daripada Kegiatan Merokok


Pelbagai pendapat membuktikan bahawa rokok itu membahayakan kesihatan manusia. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, racun paling penting atau yang paling merbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Nikotin pula seperti dadah heroin, amfetamin dan kokain yang bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding dadah. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang ketagihan dengan merokok meninggalkan tabiat itu untuk selamanya kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Selain memberi sifat ketagihan bahan nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung, strok, urat saraf, mengecutkan saluran darah yang menyebabkan tekanan tinggi darah, simptom kebas kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati dan kekejangan otot.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ia menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ia akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan. Oleh itu, karbon monoksida boleh mengakibatkan sakit jantung, barah paru-paru, sakit tenggorok dan kembang paru-paru.

Racun rokok akan disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan yang ditelan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu. Merokok juga membolehkan seseorang lelaki itu mati pucuk.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya juga membahayakan kerana ia akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan dan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Kesan asap rokok terhadap ibu mengandung pula ialah seperti melahirkan bayi yang kurang berat badan, melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, ibu itu lebih terdedah kepada kanser, mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Manakala kesannya terhadap anak yang masih kecil ialah anak itu lebih mudah mendapat lelah, mendapat jangkitan paru-paru, pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu dan mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.

Harga rokok sekarang semakin mahal dan seseorang itu sanggup mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk membeli rokok yang tidak mendatangkan nilai. Ini bermakna seseorang itu akan membazirkan wangnya seperti pelajar membelanjakan wang perbelanjaan sekolah yang diberikan oleh ibu bapanya untuk membeli rokok, sedangkan wang itu untuk perbelanjaannya membeli makanan di sekolah.

Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita. Perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, barah rahim, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok. Bagi wanita yang merokok pula rook itu akan merosakkan kulit mereka yang halus bukan seperti yang mereka harapkan iaitu mengurangkan berat badan mereka.

Bagi ibu mengandung yang merokok akan menyebabkan berat bayi kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu itu mula merokok semasa bayi dalam kandungan. Selain itu, juga boleh menyebabkan mereka keguguran.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dan jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang. Berbanding dengan mereka yang tidak merokok akan lebih panjang umur mereka.

Oleh itu, dari bahaya rokok atau bahan-bahan dalam rokok itu dapat meninggalkan kesan yang buruk kepada pengamal tabiat merokok itu seperti yang dinyatakan di atas pelbagai jenis penyakit yang boleh dihidapi oleh perokok. Antara jenis penyakit itu ialah janutng, barah paru-paru, barah rahim, mati pucuk dan sebagainya. selain itu, rokok itu juga membahayakan kepada ibu mengandung kerana bayi yang dilahirkan akan mendapat lelah, berat badannya lebih rendah dari bayi yang normal dan berkemungkinan mendapat penyakit, mati pada tahun pertama kehidupannya dan sebagainya.

... bahayakan... cuma LADY tertanya-tanya. Undang-undang larangan sudah cantik sangat. Tetapi penguatkuasaan sangat lemah. Semalam semasa LADY melintasi suatu jalan di bandar... penjual rokok haram dengan bebasnya menayangkan jualan mereka di setiap kenderaan yang melintas. Mana penguatkuasa? Kalau di kedai berdaftar ada ditampal larangan dan mengehadan pembeli rokok.. penjual kaki lima bagaimana pula?

soalan LADY.. merokok secara terbuka ini kebiasaan atau masalah disiplin????

Comments

Popular Posts