MEMUJI ADA NAWAITU PEMILIHANKER??????


Tahniah LADY ucapkan kepada pemerintahan Brunei Darussalam yang melaksanakan hukum hudud seperti mana yang diumumkan sebelum ini. Ketegasan YM baginda sultan Brunei ini mengkagumkan LADY. (Kata dikota)

Tak seperti kepimpinan PAS yang dok mencanang mengalahi ayam bertelur seekor. Dh berpuluh tahun berkompang kata laksanakan hudud. Kelantan dah diluluskan pelaksanaannya.. tapi setakat LULUS sahaja tetapi pelaksanaannya asyik diberi alasan.

Janganlah setiap kali suasana memaksa untuk mereka barulah  terpaksa menyuarakan hal hudud kerana menarik perhatian. Hal ini bukan sekali.. dah berulang kali dilakukan. Setiap kali pilihanraya umum (PRU), Pilihanraya kecil (PRK) dan pemilihan muktamar PAS. Cerita hudud akan dijadikan bahan iklan diri. ( cakap tak serupa bikin)

Hentikan iklan murahan ini PAS!!!! Kempen buat cara kempen. Jangan nak berkempen dengan memburukan pihak lain!

Berkatalah yang baik atau diam. Ya, kita sebagai manusia memang telah diberikan banyak sekali nikmat oleh Allah SWT termasuk nikmat dapat berbicara. Akan tetapi, banyak yang salah menggunakan nikmat ini. Mereka tidak mengerti bahwa mulut yang telah dikaruniakan oleh-Nya seharusnya dapat dijaga dengan baik dan digunakan hanya untuk kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang beriman kepada Allah, hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Muttafaq 'Alaihi)   Lalu dalam hadist lain disebutkan: "Allah SWT memberi rahmat keapda orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan." (HR. Ibnul Mubarak)
sebagaimana disebutkan dalam Hadis, berprasangka itu dilarang. Bunyi haditsnya: Hadis dari   Abu Hurairah, dari Nabi saw, beliau berkata "Janganlah kalian berprasangka (buruk) karena sesungguhnya prasangka (buruk) itu percaturan yang paling berdusta; janganlah kalian mencari-cari kesalahan dan menyelidiki  kesalahan, jangan saling membenci, jangan saling membelakangi, dan jangan pula saling membenci, tetapi jadilah   hamba Allah yang bersaudara. (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Turmudzi, Abu Daud, Ahmad, dan Malik). 


Hadis ini shahih, diriwayatkan dengan redaksi yang sedikit berbeda antara seorang imam Hadis dengan yang  lainnya,ada yang redaksinya agak panjang dan ada pula yang redaksinya singkat. Hadis ini tidak berdiri sendiri,    tetapi agaknya penegasan terhadap ajaran Al-Qur'an, "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari   kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah    salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu   merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha    Penyayang." (Q.s. Al-Hujurat [49]: 11). 

LADY bukan nak menjejak kesalaha  PAS. Tetapi menegur cara calon-calon yang mencari atau mewujudkan kesalahan demi menaikkan diri mereka ini. Jika benarlah mereka ini memperjuangkan Islam. Seharusnya mereka menunjukkan contoh terbaik bagaimana MENGAMALKAN kehidupan ISLAM sebenar. Seperti mana dilakukan oleh baginda Rasulullah saw.

LADY  nak cabar PAS laksanakan terlebih dahulu hukum HUDUD di Kelantan yang sudah diLULUSkan tu, baru cakap hal pelaksanaan HUDUD di Malaysia.. itupu.. kalau Karpal Singh tak menjerit "LANGKAH MAYAT AKU....."

#PAS hanya parti politik semata

Comments

Popular Posts