KENAPA NAK LANGGAR LARANGAN DAH LAMA DITETAPKAN?


 
Keras kepala sungguh budak perempuan ni. Seingat pu3lah.. sudah lama larangan Melayu Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia atau miss world ni. Dekat 15 tahun agaknya larangan ini dikeluarkan.
 
Peliknya tahun ini, kenapa boleh terlepas pandang menerima permohonan menyertai pertandingan dan kenapa 4 orang peserta ini kemaruk sangat nak menyertainya. Takkan seorangpun dari ahli keluarga tidak mengingati larangan tersebut?
 
Sila baca lagi....
 
Jawi nafi akan beri kebenaran 4 finalis ratu cantik bertanding semula
Bernama | Kemas kini: Julai 27, 2013
 
KUALA LUMPUR:  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
 
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
 
"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di sini, hari ini.
 
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.
 
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa Jawi berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.
 
Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
 
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
 
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
 
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan.
 
Ps: elok dikenakan tindakan agar kedegilan tidak berulang dan melayu Islam lain mengingati semula larangan tersebut.

Comments

Popular Posts