KENYATAAN : DIGANTUNG BERTUGAS

Kerajaan negeri menafikan pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa menyalah guna dana kerajaan telah kembali bertugas hari ini selepas dibebaskan dengan jaminan RM500,000 semalam.

Jurucakap Pejabat Ketua Menteri ketika dihubungi berkata, notis penggantungan tugas tersebut telah dikeluarkan minggu lalu dan kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan diberikan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, laporan beberapa portal mengatakan pengarah tersebut telah kembali bertugas adalah tidak tepat.

“Laporan (portal berita) yang sangat tidak tepat. Surat penggantungan telah dikeluarkan minggu lalu. Setiausaha Kerajaan Negeri akan keluarkan kenyataan,” katanya ringkas. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular Posts