BILA FITNAH DITELAN BULAT. CERITA AUTA PUN DIANGKAT FAKTA!! : MIDAH OH MIDAH
LADY pun hairan dan pelik.. kenapalah kak Midah ni bengang lagi bahalul? Kes tangkapan 2 pegawai kanan di Jabatan Air Sabah langsung tiada kaitan pemegang jawatan dalam UMNO. Awat gelojoh sangat kak oiiiii
LADY setuju sangat komen Cucu tok Selampit
Individu yang ditangkap dalam skandal rasuah yang terbesar di Sabah dan mungkin juga di Malaysia adalah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib dan Timbalan Pengarah, Ir. Teo Chee Kong serta dua individu lain yang ada kaitan dengan kes tersebut. Fakta penangkapan ada hubungan dengan projek air di Sabah sejak tahun 2010 yang bernilai RM3.3 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW).
Buat sementara waktu tiada sesiapa yang menuduh atau menghubungkan individu-individu yang ditangkap tersebut mempunyai kaitan dengan mantan Menteri KKLW, DS Shafie Apdal. Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak untuk melompat. Agak bodoh dan bangang apabila Mantan Pengerusi Tekun dan bekas EXCO Perak, Datuk Hamidah Othman cuba mengaitkan DS Anifah Aman sebagai Ketua Bahagian UMNO Kimanis dalam skandal ini.
Ag Mohd Tahir menjadi Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah atas kelayakan beliau untuk dilantik yang bukannya lantikan politik. Dalam rekod UMNO tidak ada nama Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib pernah menyandang sebarang jawatan dalam UMNO amnya dan khasnya UMNO Bahagian Kimanis. Untuk makluman umum, Bendahari UMNO Kimanis adalah Datuk Rizal Abdullah @ Raymond Godfrey. Macai, tolong hadam fakta ini!
Fakta ni sudah TERANG LAGI BERSULUH tau!! Yang dia copy percaya dan paste dengan yakin fitnah tu apa halnya kak midah oiiii... kalau kak midah ni katak dalam tempurung.. bolehlah kata langsung tak tau apa2.. ni dahlah pernah menjawat jawatan besar... janganlah tayang kebodohan diri sampai tak mampu menapis maklumat yang sampai dengan lakukan penyelidikan !!!
Jangan gelojoh sangat kak midah oi!! Dapat maklumat terus buat posting!! Ni hang bukan takat minta maaf kt FB atau media sosial je tau.. kena minta ampun dari empunya diri yang hang terlibat sebarkan. Midah ohhhh midah!!!!
Comments
Post a Comment