#HARIMALAYSIA: DEMI NEGARAKU MALAYSIA




Selamat menyambut hari Malaysia.

Alangkah bertuahnya menjadi sebahagian waeganegara tercinta Malaysia. Walau hatu dihiris kesakitan tatkala melihat agenda pengkhianat yang kuat semangat mereka memusnahkan negara.
Tercari-cari LADY mana suara kepimpinan menegur perbuatan ini. Sekerat dua sahaja. Bakinya lebih selesa berada dalam 'ZONE SELAMAT' menjaga kedudukan agar selalu selamat dan enggan menyibukan akal fikiran di luar susunan rancangan pertahankan kedudukan mereka


Sempena hari bersejarah ini, LADY mengajak pembaca hayati setiap bait lagu Warisan ini.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Hari ini LADY mungkin boleh tersenyum. Tetapi jiwa LADY merintih sedih. Apabila membaca di laman media sosial sahabat LADY bertungkus lumus mengeluarkan kata-kata menghentam mereka yang punya agenda hasutan tanpa berhenti. Setiap serangan mereka penuh tersusun. Pejuang cyber pula hanya mampu menambah provoksi tanpa bahan.. di mana mereka yang konon sangat berkelibar dan bijaksana.??? Di mana mereka yang diberi amanah ? Terlalu sibukkah pada perkara yang lebih besar dan membawa kepentingan pada diri mereka sehingga kenyataan hasutan di laman media sosial hanya dianggap taman permainan kanak-kanak yang tidak penting?
Jangan sampai suatu masa kita umpama pak kadok. Menang sorak kampung tergadai.

Comments

Popular Posts