HANYA SI JAHANAM SAHAJA NAK MEMISAHKAN SABAH DARI MALAYSIA!!!!


LADY rasa pelik sangat dengan agenda individu dalm kumpulan tertentu termasuk secara terang-terangnya menzahir rancangan mereka untuk memisahkan Sabah dari Malaysia!! Boleh LADY katakan agenda JAHANAM!!!

Sebagai rakyat Malaysia anak jati Sabah. Tindakan seperti ini tidak boleh dimaafkan sekalipun!! Lagi si jahanam pada pihak yang datangnya daru semenanjung sibuk berkempen mengajak rakyat Sabah mendokong perancangan mengeluarkan Sabah daru Malaysia!!

Kepada Kementerian Dalam Negeri di bawah kepimpinan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, serta mereka yang pakar dalam perundangan. Pada pandangan LADY usaha ini jika ISA masih wujud dah boleh kena tangkap. Tapi yang paling dekat setelah ISA mansuh adalah AKTA HASUTAN !!! Mohon ada tindakan

LADY bersetuju dengan kenyataan YB Datuk Abd Rahman Dahlan iaitu:
ahaya," katanya.

Abdul Rahman yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Sabah dan Sarawak turut mencatat sejarah tersendiri apabila ketika ini 13 anggota Parlimen dari kedua-dua negeri dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet persekutuan.

"Jangan anggap kami kayu-kayu tunggul sahaja. Kami (dalam Kabinet) melihat kepentingan negeri Sabah dan Sarawak. Jangan cakap lepas sahaja menyatakan kerajaan persekutuan itu zalim kepada rakyat Sabah. Saya adalah sebahagian kerajaan persekutuan, saya tidak zalim dan saya tahu ada perkara-perkara yang kita perjuangkan, tetapi kita perjuangkan dengan cara yang berhemah.

"Bukan cakap kosong memesongkan sejarah, memutar-belitkan fakta sejarah tahun 1963 berdasarkan pengamatan tahun 2014. Mana boleh kita mahu menilai sejarah pada tahun 1963 berdasarkan kaca mata tahun 2014," katanya.

Ketika berucap pada majlis itu, Abdul Rahman berkata pemimpin Umno perlu mempunyai mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam bidang  berpidato dan berbahas berdasarkan fakta.  

"Saya tengok perkara itu semakin luntur dalam Umno...walaupun saya yakin Pergerakan Pemuda Umno di bawah kepimpinan ketuanya Khairy Jamaluddin sedang membina kekuatan tersebut. Perkara ini mesti diberi keutamaan sebab sejarah menunjukkan bahawa Umno dapat mengalahkan Malayan Union hanya dengan berpidato," katanya. - Bernama

LADY berharap lebih ramai lagi pemimpin dari Sabah mengeluarkan kenyataan yang berani menunjukkan mereka sebagai pemimpin lahir di sabah menegur perbuatan tidak bermoral pihak yang mahu memisahkan negeri Sabah dari Malaysia.  Tak perlulah panjang lebar jika sibuk sangat. Menggunakan pendekatan seperti YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dah terbaik.

Comments

  1. kamek orang sarawak setuju dengan kata kitak LADY

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts