TAIB DISAMBUT MERIAH SEBAGAI YDP SARAWAK BAHARU

KUCHING:  Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu Tan Sri Abdul Taib Mahmud diberi sambutan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini malam tadi.

Pesawat khas yang membawa Taib dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib dari Kuala Lumpur mendarat di sini pada pukul 8.50 malam, sebelum mereka disambut kira-kira 1,000 orang di landasan lapangan terbang.

Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem yang sebelum ini mengukir sejarah dalam negeri kerana menjadi Ketua Menteri kelima, mengetuai pembesar-pembesar tempatan menyambut kepulangan Taib.

Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada Taib di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Istiadat itu yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Adenan. - BERNAMA

Comments

  1. Simply wish to say your article is as astounding.
    The clearness in your post is simply excellent and i could assume you're an expert on
    this subject. Well with your permission allow me to grab your RSS feed to keep updated with forthcoming post.
    Thanks a million and please carry on the enjoyable work.


    Also visit my web-site Best Female Rappers

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts