WAN AZIZAH VS ANWAR : SATU STRATEGI MENYELAMATKAN KERUSI TERTINGGI DALAM PKR
Perlawanan antara suami dan isteri????? Terkejut???? Sebenarnya LADY tak terkejut dengan perlawanan ini. Ia suatu jangkaan yang paling tepat dalam situasi Anwar yang tidak stabil kini.. tak taulah jika dalam perlembagaan PKR sesiapa yang disabitkan kesalahan yang telah diputuskan bersalah oleh mahkamah masih boleh memegang sebarang jawatan!!!
Strategi perlawanan antara suami isteri ini bukan membuktikan berlaku 'pertengkaran'. Dah tidur satu katil, satu selimut. Dengan KETAATAN dan KESETIAAN wan Azizah kepada suami Anugerah Illahinya ini, LADY boleh jangkakan pelan perancangan menyelamatkan kedudukan agar tidak terlepas dari genggeman mereka.
Kita wajar mengingati semula siapakah pengasas PKR ini. Tujuan apakah PKR dibentuk. Pada mulanya ia dibangunkan untuk membela nasib Anwar dan kemudian telah mengisytiharkan parti ini adalah parti politik selepas didaftarkan. Secara dasarnya.. walau melibatkan beberapa individu yang kini telah meninggalkan kedua pasangan 'bahagia' PKR bukan perjuangan keadilan untuk pihak lain melainkan keadilan dalam skop pandangan 'adil' bagi pihak Anwar sendiri.
Langlah berjaga-jaga wajar dipenuhi. Wan Azizah wajib mempertahankan jawatan berkenaan untuk seketika ini. Kenapa? Kerana kedudukan Anwar yang masih terkapai-kapai menutup kes LIWAT nya di mahkamah. Jika usaha Anwar berjaya sehingga hari pemilihan itu kelak, korang sudah pasti akan mendengar pengumuman yang diumumkan oleh wan azizah.
Pada LADY wan azizah bukan sekadar 'isteri' kepada Anwar. Dia adalah BONEKA Anwar atau lebih tepat PUPPET Anwar. Setiap pergerakannya diatur oleh suami tercinta ( entah cinta itu hanya boleh dimaklumkan sendiri oleh wan azizah kepada anwar. Tak nak bagi definisi cinta kepada mereka)
Pagi tadi.. semasa LADY membeli koleksi majalah bulanan di sebuah kedai buku yang LADY langgani sejak beberapa tahun ini. LADY terbaca 1 tajuk utama surat khabar 'Buletin Rakyat' mengatakan 'UMNO telah melepaskan aura NAGA pada wan azizah' agaknya itu ulasan kemenangan Wan Azizah pada PRK kajang minggu lepas. Secara pribadinya LADY sudah menjangkakan kemenangan akan berlaku kepada PR sejak awal lagi. Kajian menunjukkan pengundi DUN Kajang lebih sukakan PR berbanding BN. Jika pengundi benci, taklah PR mampu bertahan sehingga 2 penggal di kawasan berkenaan!
Pada penulis artikel berkenaan "Buletin Rakyat" LADY nak katakan. Tak ada Naga dalam diri Wan azizah. Kemenangan sudah dijangkakan. Pihak BN hanya mencuba nasib sahaja di kawasan berkenaan untuk menilai sama ada berlaku atau tidak perubahan pilihan pengundi kawasan berkenaan. LADY tak boleh ulas panjang berkenaan sikap pengundi memandangkan LADY tidak lagi terlibat bertugas mana-mana PRK secara rasminya setelah tempoh memegang jawatan LADY telah habis. LADY tidak menelan bulat-bulat info yang LADY baca di surat khabar arus perdana. Apa lagi nerita-berita yang disiarkan di tv yang hanya menonjolkan kelemahan PR dan memberi 'harapan kosong' kepada penonton tidak terlibat PRK Kajang dengan momokan syok sendiri kononnya pengundi mahukan perubahan dan kini menyokong BN. Walau bukan wan azizah sekalipun jadi calon mewakili PR. Kemenangan tetap akan berpihak kepada PR. Itu telah ditetapkan oleh mijoriti besar pengundi kawasan berkenaan! (ulasan setakat ini utk perenggan ini)
Berbalik kepada tujuan artikel ini ditulis. Ada orang mengatakan PKR adalah parti anak beranak. Betullah tu! Tak ada pemimpin lainkah yang layak bertanding???? Jawapan LADY memang tak ada! Mana yang mempunyai kebijaksanaan dah TINGGALKAN parti berkenaan! Yang berbaki hanya limpahan sampah-sampah yang mengharumi parti berkenaan.!!! Para perwakilan kelak, hanya nampak anak beranak itulah juga bersama barisan pembontot sebagai 'pemimpin' kerana KEGLAMOURAN mereka. Apa taknya.. saban waktu mereka sentiasa menjuarai watak di media sosial, tak kira media pro PKR pro BN yang sentiasa membicarakan nama mereka sehingga nama mereka ini menjadi nama sangat dikenali (kempen percuma tanpa perlu meminta bantuan kempener. Lakonan dan wujudkan cerita yang sesuai sudah cukup menaikkan nama mereka)
LADY tak akan hairan selepas ini akan ditampilkan pula penganalisi politik yang memberi pandangan2 mereka termasuk yang memperkatakan bahawa pertandingan antara Anwar dan Wan Azizah menunjukkan PKR berada diambang kehancuran! LADY tak akan ulas dengan mengatakan pandangan penganalisis ini salah atau tidak benar!!!, itu pandangan mereka. Mereka sangat pakar dalam bidang mereka. LADY tidak layak mempertikaikan pandangan mereka kerana LADY bukannya pakar dalam hal analisis dan bidang yang LADY pelajari pun bukan bidang sains politik. Tapi tak menjadi kesalahan LADY juga memberi pandangan LADY berdasar apa yang LADY tahu dan faham dari pihak fikiran LADY sendiri.
LADY berani nak katakan Wan azizah bertanding kali ini kerana suaminya berpandukan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Wan Azizah
" Beliau yang juga penyandang Presiden PKR, disahkan bertanding melawan Ketua Umum parti itu yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pemilihannya, Mei nanti.
Dakwa beliau, tidak mustahil untuk Anwar sekali lagi dinafikan bertanding berikutan langkahnya ke Kajang baru-baru ini tidak tercapai kerana telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.
"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau," kata Wan Azizah - Astro Awani 29/03/2014
Dan jika berlaku pengosongan Parlimen Permatang Pauh kelak, tidak mustahil Wan azizah jugalah pengganti anwar sebagai calon kawasan berkenaan. (Nasihat LADY kali.. kali ini, sila abaikan penglibatan BN dalam PRK itu kelak. Mungkin laporan kepimpinan kawasan sana mengatakan sebaliknya konon rakyat sudah muak dengan sikap MP.mereka. bukan LADY prejudis .. hakikatnya itu yang berlaku! Berdusta kepada atasan untuk.memberi harapan kosong kemenangan akan berlaku! Dari membazirkan kewangan ke kawasan tersebut. Lebih baik fokus ke kawasan putih yang menyokong sepenuhnya kepada kerajaan BN. Lebih mendatangkan kebaikan kepada pengundi- itu pandangan pribadi LADY)
AKHIR SEKALI, sejahat manapun kita nak kata PKR buruk, tak semua rakyat kata mereka buruk. Malahan semakin banyak kita mendedahkan keburukan mereka, kemungkinan pengundi menyampah kepada kita. Seolah-olah kita tiada bahan lain untuk menarik kepercayaan mereka.
Boleh dedahkan tetapi tak perlu rasanya jadikannya gurauan melampau.
Wan Azizah bertanding kerana suami itu sudah jelas. Noktah
Ps: ini tulisan akhir LADY berkaitan pemilihan presiden PKR tempoh ini. Kerana semakin bayak LADY menulis berkaitan kedua pasangan, LADY seolah-olah terlibat memberi kempen percuma kepada pemilihan PKR pula!!!!
Comments
Post a Comment